l i m a

21.9K 1.3K 51
                                    




biar lena aku,
bermimpikan bahagia.














MATANYA, menyaksikan segalanya dari tingkat atas.



BUK

" Kau tak suka ke dengan cara aku mengajar selama ini? " Jerkahan kuat bergema dalam ruangan kelas 5Diamond ini. Humaira yang tergamam dengan bait bait kata ini, secara perlahan bangun dari kerusinya.

" Kau rasa aku nak ke tengok markah engkau yang serupa tak belajar ini? " Kertas peperiksaan matapelajaran matematik tambahan diangkat tinggi olehnya. Dari jauh, satu bulatan besar berada di bahagian atas kertas tersebut. " Kalau kau tak reti reti nak buat, jangan berangan nak masuk sekolah ini! Disebabkan engkau, prestasi aku jatuh merundum depan tenaga pengajar yang lain tahu tak?! "

Dan serentak itu, kertasnya dironyokkan lalu dibaling ke luar kelas tanpa belas kasihan. Humaira yang perlahan mendekatinya tergamam melihat tindakan guru perempuan ini.

" Aku tak tahu apa yang mak bapak kau ajar engkau selama ini! Kau dekat rumah memang tak belajar ke hah? Atau sibuk mengatal dengan jantan dekat luar sana? "

" Cikgu... " Perlahan dia menuturkan kata kata. Dia mahu menafikan segala kata kata yang dilemparkan untuknya di hadapan rakan sekelasnya. Ternyata mereka semua bersiul memgejek dan membuat muka seakan jijik dengannya. Langsung tiada seorang pun yang mahu membantunya sekarang ini.

" Jangan pernah panggil aku cikgu lagi! Aku malu ada pelajar yang bengap dan bodoh macam engkau ini! " Lengannya dicengkam kuat, lalu ditolak keluar dari kelas tersebut. Rata rata pelajar yang berada di koridor itu, memandangnya sinis bahkan ada yang turut mengejek dirinya tanpa segan silu. Humaira menahan air matanya yang hampir jatuh itu.

" Lain kali, jangan nak berlagak pandai depan orang lain kalau engka sebenarnya dilahirnya dengan otak yang bengap ini! " Dahinya ditunjal beberapa kali dengan kasar oleh guru perempuan itu. Dengusan yang kuat dihela olehnya.

" Selagi kau tak hilangkan akal fikiran engkau yang bengap ini, jangan sesekali engkau masuk dalam kelas aku selepas ini! "

" Cikgu... " Perlahan bibirnya menuturkan kata kata itu namun hanya hempasan pintu sahaja yangmenjadi balasannya.

Humaira memgemam bibirnya kerana malu dipandang sinis oleh beberapa pelajar yang berada disekitarnya ini. Kakaknya yang kebetulan berada di tingkat atas hanya tersenyum mengejek lalu menuturkan kata kata yang sangat memilukan hatinya..

Namun, Humaira tetap Humaira. Sikap yang polos dan suci itu tetap ada pada dirinya sejak dahulu lagi. Secara perlahan, dia mengesat air matanya yang mengalir itu lalu cuba untuk mengukirkan senyuman. Kertas peperiksaannya itu diambil dan ditatap dengan seribu satu perasaan yang sukar dia ungkapkan ketika ini. Namun dia yakin, bahawa dia pasti akan disembur oleh papa dan mamanya kerana keputusan yang kurang memberangsangkan ini.

Secara perlahan, dia mengeluh. Sampai bila dia boleh bertahan?















" I'm glad to see you right now. Aku harap kau dapat timba banyak pengalaman sepanjang kau berada di luar negara dua tahun ini. " Tangan kanan yang dihulurnya, dicapai olehnya. Guru penolong kanan yang menyambutnya di bahagian pejabat tadi mengukirkan senyuman manis. Arash Mikael, yang menawarkan dirinya untuk menjadi pelajar pertukaran kini kembali setelah dua tahun menimba ilmu di negara orang. Bibir Arash mengukirkan senyuman senget.

" Banyak sangat... Sampai aku tak tahu, nak gunakan mana dulu pengalaman yang aku dapat ini. " Walaupun dia sedikit sangsi dengan kata kata itu namun dia hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Aura yang dihasilkan oleh lelaki remaja dihadapannya ini terasa lain daripada selalunya.

" Kau nak aku tunjukkan sekitar sekolah ini? " pelawaannya terus ditolak mentah mentah. Dia berkerut melihat remaja lelaki dihadapannya ini. Jelas kelihatan agak menakutkan dan mempunyai aura hitamnya yang tersendiri.

" Simpan baik baik niat murni engkau, sebab aku tak berminat dengan pelawaan kau itu. " Lalu badannya berpusing membelakangi guru lelaki tersebut. Sebelum dia melangkah, dia menuturkan kata. " Dua tahun aku pergi, dan aku tak pernah lupa lagi selok belok kawasan sekolah ini. Bahkan aku tak pernah lupa apa yang pernah menjadi sejarah dalam kawasan sekolah ini. "

Dan ketika itu, air liur terasa kelat unuk ditelan. Mata itu.. Dia nampak kebencian yang mendalam terhadap mata itu.

Kakinya berhenti melangkah. Jerkahan yang kuat bergema masuk ke dalam halwa telingannya. Dari jauh, dia melihat sesuatu yang berlaku di hadapan pintu masuk kelas yang berada di bangunan hadapan ini. Arash Mikael mendekati palang yang berada tidak jauh di hadapannya. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar slack hitamnya lalu matanya tajam memandang kelas tingkatan 5 yang berada di bangunan hadapannya itu.

Bibirnya mengukirkan senyuman senget lalu menggelengkan kepalanya tatkala melihat kejadian itu. Bahkan dari jauh, dia turut melihat beberapa orang pelajar yang sengaja mengejek dan menyindir gadis itu.

Namun, senyuman gadis itu membuatkan dia menjadi beku secara tiba tiba.

" Senyuman engkau——" Bibirnya bergetar. Nafasnya menjadi tidak teratur. " Sama macam dia." Dan wajahnya terus berubah. Gelapnya anak mata dia yang tajam menikam itu, seakan menunjukkan api kemarahan yang dia simpan selama ini.

Dan dendam yang dia simpan, tiada kesudahannya selagi dia tidak dapat apa yang dia mahukan selama ini.

0.1 | M I K A S Y A Where stories live. Discover now