biar lena aku
bermimpikan bahagiaMENANGIS! Dan terus menangis!
Qistina mendengus kegeraman apabila dia melihat Humaira yang menekur memandang lantai— bersama tangisan yang cukup dia benci untuk lihat! Dan melihat hujung bibir Humaira yang kemerahan dan mempunyai sedikit sisa sisa darah apabila menerima tamparan sebanyak tiga kali belum cukup memuaskan hatinya.
Rambut panjang yang tidak di ikat, diraup ke belakang. Dia mendengus kuat. Lantas dia mencengkam rambut Humaira lalu diheret mendekati singki.
“ Aku tak tahu lah kenapa mama lahirkan budak tak cukup sifat macam engkau ini! Kau nak sangat minum susu nie kan? Sini biar aku buatkan untuk kau! ” terus botol susu yang terisi dengan air yang sudah siap dibancuh itu dibuang ke dalam singki.
Dengan tangan yang masih mencengkam rambut Humaira, dia mengambil cawan lalu terus memasukkan beberapa sudu serbuk susu masih terbuka lagi tinnya. Air yang menggelegak panas di dalam cerek terus diambil lalu dituang. Tanpa banyak bicara terus dia suakan pada wajah Humaira tanpa menghirau tahap kepanasan air itu!
“ Kalau kau mati pun lagi baik lah! Dulu kau dapat perhatian Adam, sekarang kau nak rampas perhatian Mikael pulak?! Eh kenapa sial sangat kau nie jadi perempuan! ” ditolak secara kuat dan tidak menghiraukan Humaira yang kesakitan kerana terhantuk pada meja.
Melihat Humaira yang jatuh ke lantai —— bersama dengan tangisan dan tiupan pada bibir yang panas itu masih lagi meneruskan esakannya. Dia mengesot ke belakang apabila melihat Qistina yang semakin mendekat ke arahnya. Humaira mengongoi— dia merapatkan lutut pada tubuh badan lalu disembamkan wajahnya pada lutut. Kedua belah tangan erat memeluk sesama sendiri. Persis tingkah anak kecil.
Dan semua itu, ditatap oleh Mikael yang bersandar pada pintu dapur bersama sebatang rokok di celahan jemarinya.
“ So, that's it... ”
Tangan yang melayang ke udara ini menjadi kaku secara tiba tiba. Dia tergamam apabila melihat suara yang dia kenal itu.
Mikael menghembus asap rokok menggunakan mulut dan hidung. Dengan batang rokok yang masih berbaki separuh di celahan jemarinya, terus dia melangkah ke arah Humaira yang mengecilkan dirinya di celahan kabinet itu. Tangan kiri mencengkam lengan Humaira lalu memaksa gadis itu untuk bangun walaupun dironta ronta berulang kali.
“ Aku cakap bangun! Jangan sampai aku pulak yang kerjakan kau! ” dan dengan amarah itu, akhirnya rontaan tadi terhenti lalu dia ikut bangun bersama lengan yang dicengkam tadi. Paras ketinggian mereka yang berbeza, membuatkan dia mendonggakkan kepala Humaira lalu kedua pipi dicengkam dan dibelek.
“ Trying to impress me dengan cara nak tunjuk protes engkau pada orang lain dan hanya ini yang engkau mampu? ” pipi yang dicengkam itu disuakan ke hadapan Qistina yang masih lagi diam.
Mikael menarik Humaira supaya berdiri di belakangnya.
“ Kalau cuma itu yang kau mampu buat, jangan pernah bermimpi yang kau layak untuk berada di sisi aku. ” matanya tajam menghelang.
YOU ARE READING
0.1 | M I K A S Y A
Teen FictionMikasya | Kau, Mr Beku Aku. " Wajah ini, aku tak akan biarkan ia mampu untuk tarik perhatian King. " pisau lipat yang saiznya kecil dikeluarkan dari poketnya. " Tolong! Sakit! " jeritnya dengan penuh kuat. Namun jeritan itu menjadi sia sia tatkala...