HAI! ASSALAMUALAIKUM!
TERIMA KASIH SEBAB SUDI BACA + VOTE! TERIMA KASIH UNTUK SEMUA YANG SUDI BACA + VOTE DAN + COMMENT PADA CHAP YANG LEPAS! ♥
SELAMAT HARI RAYA SEMUA!
-
-
-| Biar lena aku
Bermimpikan bahagia. |HUMAIRA,
“ Ad...Adam... ” Luahnya setelah beberapa saat mendiamkan diri. Rasa tak percaya dengan apa yang dia nampak tika ini.
Ubun ubunnya diusap dengan penuh kasih. Panahan mata lelaki itu agak lembut, masuk terus ke dalam matanya—seolah menghantar satu rasa yang dia sendiri tak pasti.
Matanya berkaca kaca. “ Ad...Adam... ”
Dia, teresak...“ Iyaa sayang... Adam ada dekat sini... ”
Dahinya dicium dengan penuh rasa kasih sayang. Lantaran itu, badannya terus dirangkul dan masuk ke dalam pelukan Humaira. Di dadanya, tersembam wajah gadis yang paling dia sayang. Satu satunya adik perempuannya yang paling dia kasih sejak dahulu.
“ Adam pergi mana? Maira rindu... ”
Tercebik cebik wajah gadis itu, menahan tangisan yang bila bila masa sahaja akan tumpah.Dan untuk Adam, dia sedaya upaya untuk simpan rasa sebak yang menggebu di dada. Tak nak tunjuk dekat depan Maira sebab dia cukup tahu bebanan ' rasa ' yang sedang gadis itu alami sekarang.
' Maaf sayang. Maaf sebab tak dapat jadi pelindung adik. '
Kenangan. Kenangan terakhir yang tak sempat dia rakamkan buat dirinya dan juga Humaira. Rasa sebal dalam hati tiba tiba sahaja muncul, mengenangkan dirinya yang belum sempat untuk menciptakan satu kenangan indah buat adiknya—sebelum dia pergi untuk selama lamanya.
“ Maafkan Adam. Atas segalanya... ”
Tanpa di pinta, air matanya mengalir.Dahi Humaira berkerut, tanda tidak mengerti. Lagi berkerut apabila lama kelamaan Adam menangis seiring bahunya yang terhincut hincut. Kedua belah tangannya digenggam Adam, lalu di bawa ke bibir.
“ Maafkan Adam, untuk semuanya... ”
' Sebab Adam, adik jadi mangsa dendam dia. '
' Sebab Adam, adik sekarang terikat dengan dirinya. '
Tuhan?
Mengapa harus Mikael juga yang harus terikat bersama Humaira?
MIKAEL,
“ Kau menangis. Dah kenapa? ”
Perlahan, mata Humaira mencelik. Menerima pancaran matahari di sebalik tirai yang beralun alun dek kerana tiupan angin yang mendatang.
YOU ARE READING
0.1 | M I K A S Y A
Teen FictionMikasya | Kau, Mr Beku Aku. " Wajah ini, aku tak akan biarkan ia mampu untuk tarik perhatian King. " pisau lipat yang saiznya kecil dikeluarkan dari poketnya. " Tolong! Sakit! " jeritnya dengan penuh kuat. Namun jeritan itu menjadi sia sia tatkala...