Hai! Assalamualaikum!
Korang dah ready ke tuh nak tengok sisi gelap Syafiq? Shie belanja sikit tau! Tak boleh banyak banyak HAHAHAHAHAHHANYWAY, dah follow instagram Shie belum? Link ada dekat bio tau! Nanti dm je kalau nak followback balik.
Iloveyou semua! ♥| Biar lena aku
Bermimpikan bahagia |ARASH MIKAEL,
Pedal minyak dipijak dan sejurus sahaja keretanya berhenti, tangan kirinya menarik handbrake ke atas.
Secara perlahan lahan kepalanya bersandar pada seat kereta, mengemaskan kedudukannya tika ini. Beberapa saat kemudian, dia menghela nafas dengan bibir yang sedikit terbuka——menghela nafas bersama bunyi yang agak kuat.
Matanya lurus ke hadapan tepat ke arah seorang gadis kecil yang sedang sibuk melayan pelanggan yang datang ke gerai kecil mereka yang berada di tepi jalan. Bersama seorang wanita yang duduk di atas kerusi roda di sisi——mempamerkan senyuman yang manis ke arah mereka semua.
Kelopak mata ditutup, serta merta dia terimbas dengan kenangan lalu.
“ Tak nak kenalkan aku pada mereka? ”
Mikael menjongketkan sebelah kening. Dia menunduk memandang Amirah yang agak rendah ketinggiannya. Amirah terkedu dengan soalan itu, lantas matanya terpaling ke arah adik bongsu dia yang sedang menyuap seorang wanita yang duduk di atas kerusi roda—itu, ibu mereka.
“ Aw...awak nak kenal dengan mereka ke? ”
Mikael juga terikut memalingkan pandangannya. Mata yang kuyu menjamah pandangan yang sama, tetapi kini dia terlihat senyuman dan gelak tawa yang terhias di bibir mereka. Serta merta Mikael mengukirkan senyuman.
“ Apa salahnya... ” Dia kembali memandang ke arah gadis pujaan yang sedang menunduk mengutil hujung baju kurung sekolahnya. Mikael merapatkan kedudukan mereka lantas jari telunjuk kanan dia dibawa ke bawah dagu Amirah.
“ Lagipun siapa tahu, satu saat nanti mereka akan jadi ahli keluarga aku juga. ”
Kepala yang dibaluti tudung ini diusap dengan lembut.
Amirah terkedu! Tidak sekali pun dia membayangkan bahawa Three Musketeers yang gerun dan menakutkan ini sekarang sedang berada di hadapannya dalam keadaan yang sangat dekat di mana——ketua mereka, King, sedang mengusap kepalanya dengan senyuman yang manis yang tak pernah diberikan pada orang lain.
“ Tak nak bawak aku jumpa diorang? ” Mikael menunduk. Tak tahu apa yang sedang dilamunkan oleh gadis itu. Sekali lagi bibirnya menuturkan soalan bersama dua tangan yang berada di atas bahu Amirah.
Persis seorang abang yang sedang memujuk adiknya!
“ Bo..boleh! ” Mikael dan Syafiq meledakkan tawanya! Syafiq mengambil beg kertas milik Amirah yang tiba tiba jatuh kerana terkejut dengan perbuatan Mikael yang mendadak merapatkan kedudukan mereka.
YOU ARE READING
0.1 | M I K A S Y A
Teen FictionMikasya | Kau, Mr Beku Aku. " Wajah ini, aku tak akan biarkan ia mampu untuk tarik perhatian King. " pisau lipat yang saiznya kecil dikeluarkan dari poketnya. " Tolong! Sakit! " jeritnya dengan penuh kuat. Namun jeritan itu menjadi sia sia tatkala...