t i g a l i m a

19.1K 1K 76
                                    

Jangan gelabah. Nanti dulu. Mikasya belum tamat lagi cuma akan jadi slow update sahaja mulai bahagian ini.

Lama sangat tak menulis so this is too hard for me. Nahh, harap korang enjoy! :))

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN TAU ♥ :)


















| Biar lena aku,
Bermimpikan bahagia. |




MAK LEHA, FATIMAH,
RUMAH MILIK KELUARGA HUMAIRA.


PRANG!

Bunyi kuat yang kedengaran secara tiba tiba menyebabkan Mak Leha tersentak. Kedua tapak tangan yang ditadah tanda berdoa diraupkan ke wajah lantas dia bangun dan tergesa gesa membuka pakaian solat yang berwarna putih.

Tudung sarung yang tergantung pada kepala kerusi diambil dan disarungkan pada kepala. Meskipun sekitar jam ini merupakan waktu waktu lapang buat mereka-- memandangkan ahli seisi rumah ini sibuk berada di tempat kerja masing masing, jadi mereka bebas untuk melakukan apa apa lantaran ini merupakan salah satu masa rehat untuk mereka berdua.

Meskipun begitu, aurat tetap dijaga kerana bimbang sekiranya ada tetamu atau anak lelaki majikan mereka tiba tiba datang ke rumah lebih lebih lagi hari ini adalah hari sabtu.

Keluar sahaja daripada kamar yang sederhana ini, Mak Leha melihat figura Timah-- yang mana turut menjadi pembantu dia dalam menguruskan hal ehwal di setiap pelusuk rumah ini. Fatimah yang sedang mendengar lagu sambil memakai earphone bergelek gelek membelakanginya sambil memegang sebatang mop.

Astaghfirullah.

Tangan kanan diraupkan ke wajah.

" Aku baru je siap siap solat tadi, sekarang mata aku dah tercemar balik dengan tayangan gelekan yang tak berapa nak indah ini... " Omelnya sendirian. Matanya dipejam beberapa saat sebelum matanya terbuka tatkala mendengar Timah yang menjerit kecil.

" Mak Leha! Sejak bila ada dekat belakang saya nie? Aduh! Mak Leha nampak ke apa yang saya buat tadi? Ish, kenapa tiba tiba muncul tak bagitahu saya nie? " Kening Mak Leha ternaik sebelah. Aik, aku pulak yang kena marah?

" Dah tak payah nak terkejut sangatlah. Sepatutnya aku yang tua nie kena serangan jantung sebab tiba tiba dicemari dengan tayangan gelekan engkau yang tak berapa nak indah tuh. Nasib aku yang ada dekat sini, buatnya Tuan Adrian? Tuan Ariyan? Kau nak jawab apa dengan dua majikan kau yang serupa singa tuh? " Tangan dibawa memeluk tubuh. Sempat lagi dia melihat sengihan yang terukir di bibir anak dara yang sekitar lewat 20-an ini. Masih lagi anak dara sebab dia pun belum nampak lagi si Timah nie keluar dengan mana mana lelaki sepanjang mereka sama sama bekerja di rumah yang besar ini.

Earphone berwarna putih dicabut lalu dimasukkan ke dalam poket seluar. Telefon yang masih berdendangkan sebuah lagi dimatikan lalu turut disimpan ke dalam seluar. Dia turut membetulkan pegangannya pada batang mop lalu meneruskan kerja yang masih berbaki. Timah perasan mata Mak Leha yang meliar ke arah sekelilingnya sebelum pandangan itu betul betul jatuh pada susuk tubuh badan dia.

" Nie aku nak tanya kau sikit. " Kerusi di meja makan ditarik lalu dia duduk. Nak rehatkan badan sekejap sebab lelah mengemas halaman rumah tadi masih terasa. Maklumlah dia pun dah berusia. Kalau betul Timah masih lagi bekerja di sini dan tak berhasrat untuk berhenti lagi, mungkin dia patut melepaskan jawatan sebagai pembantu rumah utama kepada anak dara itu.

0.1 | M I K A S Y A Where stories live. Discover now