1) berapa percent bateri korang bila bukak chap ini?
Biar lena aku,
Bermimpikan bahagia.MEMORI.
" Sayang-- " dengan nada yang separuh merayu, tangkas saja tangannya mengapai lengan yang berlapik dengan baju.
" Please don't go. Aku perlukan kau. Kita... kita belum habis bercakap lagi. " melihat respon gadis itu yang masih diam dan membelakanginya membuatkan dia lelah. Dia belum puas lagi untuk melepaskan rindu.
Terasa pegangan itu di leraikan, lalu bahunya dipegang dan dipusingkan menghadap dia.
" Kita sudah tak punya apa apa perkara untuk di bicarakan lagi, Mikael... " gadis itu menarik nafas perlahan. " Semuanya sudah berakhir. Antara kita berdua-semuanya betul betul dah berakhir. "
Dia tidak mahu mengecewakan lelaki yang berada di hadapannya tetapi inilah hakikat yang lelaki itu harus terima. Antara dia dan Mikael, sudah tamat dan tidak mungkin akan berulang lagi. Mereka.. Sudah berada dalam dua alam yang berbeza.
" Tolong jangan menangis. Saya tak mampu nak kesat air mata
itu. " tersiksa apabila melihat mata Mikael yang berkaca kaca. Sentuhan pada bahu dileraikan secara lembut dan dia bergerak ke belakang beberapa langkah." I do love you-very much.. Tapi kita tidak ditakdirkan bersama.. "
" Kalau jantan tak guna tuh tak buat kau macam ini past-- "
Satu jari terletak pada bibir gadis ini tanda menyuruh lelaki di hadapannya berhenti bercakap.
" Mungkin salah dia, tapi tak bermakna semua ini terjadi di sebabkan dia. Mika, ada lagi yang lebih berkuasa di atas muka bumi ini-yang jelas lebih berhak menentukan hidup dan mati kita-dan bukannya Adam. Adam cuma pelakunya, tetapi DIA yang menentukan segalanya. "
Dia nampak titisan air mata itu tetapi dia tak mampu untuk buat apa apa. Lantas, dia mengukirkan senyuman yang sangat manis. Ini mungkin kali terakhir mereka akan bertemu memandangkan DIA akhirnya mula mempertemukan lelaki ini dengan seseorang yang lebih berhak. Mungkin Dia mahu lelaki ini menjaga ' dia ' sebagaimana dirinya dijaga satu tika dulu.
" Jangan tangisi setiap kesalahan yang orang lain lakukan pada saya. Saya dah ikhlaskan segala galanya, jadi Mika pun kena buat perkara yang sama. Adam-dia mungkin sudah dapat balasannya sementara awak-masih lagi di berikan peluang untuk bernafas. So you should live happily dan cuba untuk-lupakan dendam
ini. "Saat itu, Mikael nampak wajah Amirah yang sangat bercahaya. Manisnya senyuman dia membuatkan nafasnya terasa sesak. Seperti selalu, Amirah tak pernah berhenti membuatkan jantungnya berdegup dengan kencang.
" Sampai di sini sahaja jodoh kita berdua. Terima kasih untuk segala galanya Mikael. Awak adalah kenangan yang terindah buat
saya. " rantai yang terhias di leher Amirah dibuka lalu dia mendekati Mikael kembali.
YOU ARE READING
0.1 | M I K A S Y A
Teen FictionMikasya | Kau, Mr Beku Aku. " Wajah ini, aku tak akan biarkan ia mampu untuk tarik perhatian King. " pisau lipat yang saiznya kecil dikeluarkan dari poketnya. " Tolong! Sakit! " jeritnya dengan penuh kuat. Namun jeritan itu menjadi sia sia tatkala...