d u a s e m b i l a n

17.2K 1K 66
                                    




RASA RASA, KORANG PERNAH TERFIKIR TAK KALAU SHIE ADA NIAT NAK BUAT PLOT TWIST TENTANG ADAM, AMIRAH DAN JUGA MIKAEL?

HA HA HA



biar lena aku
bermimpikan bahagia

S A T U         B U L A N  
K E M U D I A N

DATUK ARIED MIKAEL.

Suasana di Jakarta, bumi Indonesia ini dilihat mendung dek kerana hujan renyai yang tidak berhenti sejak tadi. Kesejukan yang teramat sehingga mencengkam tulang hitam telah memaksa lelaki berusia 40-an itu memakai baju sejuk berlapis lapis.
Namun, kesejukan ini langsung tidak menganggu dirinya untuk meneruskan kerja kerja, dan menyemak beberapa laporan yang telah diberikan.

Tuk.

Tuk.

Tuk.

Assalamualaikum, datuk.

Tiga ketukan pada pintu pejabat dia beserta salam dari seorang lelaki muda terus menarik perhatian dan fokusnya. Apabila kepalanya mendongak, lantas segaris senyuman terbit di bibir.

Waalaikumsalam. Dia membetulkan posisi duduknya lalu tangan kanan disuakan ke hadapan tanda mempelawa lelaki itu supaya duduk. Lama sangat saya tak dengar apa apa berita daripada kamu. Mereka... Baik baik saja ke?

Lelaki muda itu tersengih.

Baik saja datuk, tak ada apa apa perubahan sangat. Cuma saya perlukan waktu yang agak lama untuk siapkan laporan saya sepenuhnya.

Baiklah, saya faham...Sekali lagi segaris senyuman dilemparkan oleh lelaki berusia ini.

Manakala lelaki muda ini melepaskan nafasnya, perlahan. Sedikit sebanyak dia berasa lega kerana mempunyai client tetap seperti beliau. Tidak banyak karenah dan tidak cerewet. Bahkan beliau juga tidak kisah sekiranya dia mengambil masa yang agak lama, asalkan hasil kerjanya mestilah bagus dan memuaskan.

Datuk... Sihat? Lama bumi Indonesia ini tidak hangat dengan berita tentang kejayaan Datuk.Dilihat lelaki itu sedang membuka kaca matanya lalu diletakkan di sisi. Beliau mengangguk.

Alhamdulillah, baik baik saja. Cuma sekarang ini, saya banyak menyepikan diri. You know... Kepalanya mengerling ke arah beberapa buah bingkai gambar di sisi kanan meja. Saya sibuk dengan chemoterapy, beberapa ujian kesihatan dan sebagainya.

Suasana membungkam. Hanya bunyi rintik rintik hujan sahaja kedengaran. Lelaki muda itu juga diam membisu, tak mampu membicara apa apa setelah melihat wajah lelaki berusia ini yang agak pucat. Lalu nafasnya dihela, sedikit kasar.

Macam mana dengan mereka? Baik baik sahaja?

Dia mengangguk tanda balasan.

Macam apa yang Datuk dah tahu, Tan Sri Borhan menyerahkan sepenuh tanggungjawab pada syarikat perhotelan milik beliau kepada Arash Mikael, anak lelaki sulung Datuk.Lantas, sebuah sampul berukuran saiz A4 diserahkan kepada Datuk Aried. Senyuman sekali lagi terukir di bibirnya.

Walaupun bukan sepenuhnya menyandang jawatan CEO, tapi Arash dah mula menunjukkan taringnya dalam menjayakan beberapa program sepanjang bulan lepas. Dan hasilnya——Satu kertas yang berada dalam sampul itu dikeluarkan lalu dihulur pada Datuk Aried. Graf garis yang menaik memaparkan hasil keuntungan mereka, diamati. ——sangat memberangsangkan walaupun tanpa hasil tunjuk ajar oleh ayah Datuk, iaitu Tan Sri Borhan sendiri.

0.1 | M I K A S Y A Where stories live. Discover now