t i g a e m p a t

18.4K 1.1K 162
                                    


Hari ke 5 puasa, korang okay ke tuh? Maaf atas kekurangan dalam chap kali ini. Jangan lupa vote + comment tau! Dan shie ada buat author note dekat bawah sekali. Jangan lupa baca yaa!
Selamat Malam ♥








| Biar lena aku,
bermimpikan bahagia. |




QISTINA |

Kegelapan mengambil alih. Walaupun hari sudah menjelang siang. Hampir sebulan, jendela dalam kamar ini ditutup rapat seolah tidak mengizinkan udara daripada luar masuk. Langsir hitam yang besar tergantung menutupi seluruh ruangan jendela dan seolah olah - menambah lagi suasana muram.

Qistina, menyeringai. Dua kelopak mata dibuka dengan keadaan mengejut - badannya terus terangkat dan peluh peluh sudah berjuraian di sekitar dahi, pelipis kepala dan juga leher. Nafasnya tercunggap cunggap. Dada terasa berombak. Mata dia terbeliak dan mulutnya sedikit terbuka.

Mimpi yang dialami tadi terasa bagai realiti. Tali coklat yang teguh tergantung - terasa menjerut lehernya. Terus sahaja tangan kanannya memegang leher - terasa panas dan basah dengan air peluh.

Sesaat kemudian, susuk tubuh lelaki yang berbadan tegap - berpakaian serba serbi hitam bersama sepasang sayap besar yang turut berwarna hitam - tiba tiba muncul dari langsir yang terkibar dan berdiri di hadapan Qistina dengan megah.


Tingkap langsung tak dibuka! Jadi dari mana angin kuat ini datang?

Mata dia terbeliak. Dia sedikit ke belakang kerana terkejut!

" Si... Siapa engkau hah? Tak cukup lagi ke kau muncul dalam mimpi aku! " Sedikit menjerit, menutupi rasa takut yang sedang mengalir dalam darah. Jam loceng di meja kiri diambil lalu dibaling kepada susuk itu.


Susuk itu! Susuk yang menganggu lena tidurnya dan mengantungkan dia pada satu tali yang panjang!

" Pergi! Jangan kacau aku! "

Jam loceng menembusi susuk tubuh lelaki itu. Sesaat, susuk tubuh itu lesap dan hilang sebelum tiba tiba muncul di sisi Qistina.

" Aku tak akan pergi selagi engkau belum dapat balasan yang setimpal! "

Leher Qistina dicekik!

Mata Qistina terbeliak ke atas. Kuku kuku tajam menusuk kulit leher dan terasa ada cecair yang mengalir. Susuk itu - wajahnya tidak kelihatan, dua belah sayap berkibaran kuat. Asap asap putih berada di bahagian tubuh belakang.

" Ss... Sakit! Lepaskan aku! "

Kaki Qistina terasa terapung. Kini, dia berada di atas manakala susuk itu berada di bawah. Leher yang dicekik sangat kuat sehingga membuatkan tubuh Qistina ternaik.

" Sepatutnya aku yang amik alih dalam badan Mikael - dan hapuskan engkau! " Susuk tubuh itu membisik pada telinga. Badan Qistina dicampak ke dinding. Sesaat, susuk ini hilang lagi lalu muncul di hadapan Qistina.

" Tapi disebabkan ada satu tembok yang menghalang aku - aku tak dapat jilat darah engkau di hadapan mata semua orang. "

Mata Qistina terbeliak lagi. Ngilu, dan nyaring jeritan dia apabila lehernya disedut. Gigi taring yang tajam sudah basah dengan darah yang menitik nitik.

0.1 | M I K A S Y A Where stories live. Discover now