t i g a b e l a s

17.6K 1K 34
                                    






Biar lena aku,
Bermimpikan bahagia.
























Danggg!

Prangggg!

Arash Mikael terus terjaga dari lena tidurnya. Dahinya yang berpeluh dikesat kasar dan rambut yang jatuh ke hadapan diraut ke belakang . Nafasnya naik dan turut, tidak teratur lalu dadanya berombak laju. Bunyi desiran kuat masih lagi bergema di telinga.

Mata dia yang masih lagi nampak kabur akhirnya menjadi jelas tatkala dia melihat beberapa butil pil kecil yang berterabur di atas meja di sebelah tilamnya. Arash Mikael mendengus kecil, tak sedar segala apa yang berlaku pada hari ini.

Dah sedar? Dan dari tadi Syafiq bersandar pada pintu masuk biliknya sambil memeluk tubuh. Matanya tajam menikam Mikael yang masih lagi bersandar di atas katil itu. Atau kau masih lagi nak tidur dalam keadaan kau yang nampak seolah olah tak bersalah tuh?

Kau merepek apa lagi nie? Mikael membalas renungan mata Syafiq. Kepalanya terasa amat amat sakit. Dia mendekati meja kecil itu lalu menyuakan dua biji pil putih ke dalam mulutnya. Air mengalir masuk ke kerongkongnya.

Kau makan ubat. Tapi kenapa kau masih lagi tak mampu kawal diri engkau tadi! Dan persoalan itu terus diselangi dengan hempasan pada pintu bilik Mikael. Syafiq mendengus kuat. Dia melangkah ke arah Mikael yang berura untuk bangun.

Kau tahu tak tindakan engkau nie boleh buatkan dia hilang nyawa dia? Kau kata kau makan ubat—dia menuding jari ke arah pil yang bertaburan. Tapi asal setan sangat perangai engkau?

Tiada lagi bahasa yang elok.

Hanya makian. Dan cacian.

Terasa bagai nak mengherdik manusia yang tak cukup akal yang berada di hadapannya itu.

Tunggu! Aku belum habis lagi dengan engkau. bahu Mikael ditolak agar dia kembali duduk. Syafiq menarik nafas sebelum dia memulakan bicaranya. Biar laa kemarahannya itu reda dahulu.

Kau tahu siapa sebenarnya budak tuh kan? soalnya terus tanpa basah basi sebab dia tahu bahawa Mikael cukup tahu setiap  perlakuan yang dia lakukan itu. Dan percayalah, persoalan itu cukup membuatkan senyuman Mikael menghiasi bibirnya.

Obviously, yes. Mikael bangun dan meninggikan kepalanya. Cuba untuk tampak bongkak dan angkuh di hadapan Syafiq. Mahu mempamerkan dia yang sebenarnya selepas kejadian dua tahun yang lepas.

Kau tahu tak apa yang kau buat tengahari tadi?

Aku tolak budak tuh dekat bucu meja aku. Aku hempap muka dia di atas meja. Dan bila aku rasa tak puas, aku cekik leher dia sekuat yang mungkin. bicaranya tanpa rasa serba salah sedikit pun. Malah senyuman dia semakin lebar dan melebar.

Ya Allah... bibir Syafiq bergetaran. Dia tak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan lelaki yang psycho seperti Mikael ini. Kau tahu kan tindakan kau nie dah buatkan dia hampir hilang nyawa dia? Kau tahu tak dia ada dekat hospital sekarang ini gara gara tindakan engkau?

0.1 | M I K A S Y A Where stories live. Discover now