t i g a t i g a

16.6K 1K 168
                                    




H A I !
Terima kasih sebab baca + vote + comment! Hargai sangat sangat dan maaf atas kekurangan chap kali ini. Jangan lupa comment tau!








| Biar lena aku,
Bermimpikan bahagia. |












Humaira tersengih sengih!

Tepung yang sudah dia ayak awal tadi dimasukkan ke dalam acuan kek sebelum digaulkan sama rata mengunakan senduk kayu. Dia mendonggakkan kepala lalu melihat rakan rakan sekelabnya yang berada di hadapan yang turut leka dengan masakan masing masing. Dan kerana ini lah, yang membuat Humaira tersengih sengih seperti kerang busuk di bahagian meja belakang sekali.

Senduk kayu diletakkan di sisi sebelum Humaira membawa belakang tapak tangan kanan ke hidung. Dia menghidu sedalamnya bau wangian Mikael yang sedikit tercalit pada dia sewaktu di dalam kereta!


" Sayang.... "


Mikael menurunkan ego dia. Tak mungkin dia akan terus berdiam apabila Humaira yang langsung tak nak bercakap dengan dia sejak di rumah tadi.

Pintu yang hendak dibuka tiba tiba terkunci. Humaira mengeluh, sedikit kuat. " Jangan lah macam nie, abang...Humaira dah lambat nak masuk kelas nie... "

" Tahu... " Mikael menyahut dan sempat dia menolak lidah ke pipi kerana terasa janggal sebab terpaksa turunkan ego dia. " Tapi pandang abang dulu boleh? " Matanya dipejam kuat, tak sanggup nak dengar balik apa yang dia cakap tuh.

Kau fikir apa, Mikael? Kau ingat yang sekarang nie ego dan air muka kau sebagai lelaki dah jatuh hanya gara gara seorang perempuan? Tapi dia bukan siapa siapa kan? Isteri kau jugak!

" Janganlah termenung. Nak apa? Cepatlah nanti Humaira lambat masuk kelas! "

Mikael tersengih. Sengih yang nakal.

Walaupun akal dan hati sedang bercelaru tapi dia tetap pilih untuk belajar bertenang. Walaupun dada dia sudah terasa sesak dengan gelora semua hal ini. Pantas sahaja dia menoleh ke arah Humaira lalu mencapai tangan kanan gadis ini.

Humaira terpanar.

Belakang tapak kanan Humaira dibawa ke hidung lalu dia menghidu sedalam yang boleh- bauan semula jadi yang ada pada kulit tangan Humaira. Lalu tangan itu dibawa ke bibir basahnya.

" Abang mintak maaf yaa pasal semalam? Aba... Aku... Aku tak sepatutnya marah kau lagi lagi dekat meja makan. Aku penat semalam, lagi pun kau tahu kan yang aku sibuk sangat dengan latihan dan urusan hotel aku? " Agak tergagap tapi Mikael mampu tuturkan apa yang dia simpan sejak tadi dengan baik sekali.

Humaira menaikkan keningnya. Rasa sangat terharu tapi sengaja dia simpan! Humaira, sejak bila kau pandai nak usik dia?

" Alah sayang! Kau maafkan aku ke tak nie? "

Ah! Jangan mimpi nak dengar kata kata pujukan dari Mikael tadi. Dia bukannya mamat romeo yang sentiasa memacing ikan dengan ayat ayat puitis dan gramatis itu!

0.1 | M I K A S Y A Where stories live. Discover now