e m p a t l a p a n

7.8K 518 91
                                    






"biar lena aku,
bermimpikan bahagia."









HERMAN,

Dia menghela nafas. Dadanya berombak, dan bibirnya tercunggap-cunggap mengeluarkan nafas yang berderu-deru keluar dari dalam tubuhnya. Peluh yang keluar dari pelipis kepala, dia kesat lalu mengibaskan bahagian bawah baju ke atas.

Dia mengukirkan senyuman yang entah sama ada senyuman itu ikhlas atau pun tidak. Usai sahaja dia meraupkan wajahnya dan meraupkan rambut hadapannya ke belakang, dia berjalan perlahan menuju ke arah astaka ---bangku panjang yang tersedia di bahagian gelanggang bola keranjang ini.

Raid, ketua pasukan kelab ini sekali gus merangkap ketua geng motor yang disertai oleh Herman---memerhatikan setiap tingkah laku Herman itu. Dia berdecit seraya menggelengkan kepalanya.

"Kalau ada masalah, jangan bawak masuk gelanggang. Aku tak suka budak-budak aku hilang fokus." Ujarnya dengan nada yang dingin. Raid, sama seperti Mikael. Kalau di sana Mikael adalah sosok yang dingin, beku, angkuh dan digilai ramai. Di sini, Raid sebagai penggantinya walau hakikatnya yang sebenar---Raid tetap kalah dengan aura sang Mikael.

"Aku..." Terjeda. Terkejut sebenarnya sebab disergah secara tiba-tiba dengan rakan baiknya. Dia mendonggakkan kepalanya, menatap susuk tubuh Raid yang tegap dan sasa itu. 

Lalu dia kembali menunduk, "...aku mintak maaf." Gumam dia perlahan.

"Aku cuma tegur---" Raid menepuk lengan kiri Herman. Lalu dia duduk di sebelah rakannya sambil bermain dengan gelang hitam yang terpasang di pergelangan tangan dia.

Melihat Herman yang diam membisu beberapa minit ini, membuatkan Raid menoleh ke kanan---melihat Herman yang lurus memandang ke hadapan. Raid menggelengkan kepalanya. Desas-desus yang dia dengar sepanjang hari ini mengenai Herman yang memutuskan hubungannya dengan Qistina---cukup membuatkan nama Herman hangat di bibir setiap pelajar perempuan.

Raid berdecit. Tak pasti apakah ini penangan sebenar 'perpisahan' itu atau tidak---memandangkan hatinya dah mati rasa terhadap cinta dan juga terhadap perempuan.

"Aku dengar kau dah putus dengan perempuan tu, apa yang dah jadi?" Soalnya. Raid bukan lelaki yang prihatin terhadap sesuatu perkara, selagi dia rasa benda itu hal kecil dan remeh, dia tak akan ambil peduli. Tetapi mengenangkan rakannya, Herman, yang seakan hilang tujuan hidup membuatkan hatinya terpanggil untuk bertanyakan keadaan Herman.

"Kau---" terjeda. Raid menarik nafas. "----okay?" Soalan yang sangat tak bijak untuk ditanyakan.

Herman menghela nafas. Dia mengangkat bahunya lalu menggeleng perlahan. "Aku pun tak tahu." Ujarnya perlahan.

Herman merenung botol air mineral yang dia pegang sejak tadi. Dia tak pasti apa yang dia rasa sekarang ini. Rasa sakit yang sementara atau buat selamanya kerana ini kali pertama dia rasa kehilangan satu benda yang berharga dalam hidup dia.

"Aku rasa diri aku tak guna, sebab mungkiri janji aku. Padahal dulu, aku yang beriya-iya nak jaga dia sampai bila-bila."  Herman mengadu.

Teringat kembali kenangan dulu, saat dia salah membuat keputusan---menarik dan mengenalkan Qistina dalam dunia gelapnya itu. Bahkan, janji-janji yang meniti dari bibirnya untuk sentiasa melindungi Qistina, menjaga dan memelihara kehormatannya saat berada dalam dunia gelap itu---seakan tinggal janji sahaja.

0.1 | M I K A S Y A Where stories live. Discover now