N O T A N U P D A T E.
Hai semua, assalamualaikum.
1. Tak tahu sama ada apa saya nak sampaikan merupakan berita gembira untuk korang semua atau tidak, terutamanya pada para pembaca Mikasya. Pertama sekali saya nak ucapkan kata kata maaf yang banyak daripada diri saya sendiri, sebab selalu lambat update atas kekangan masa yang saya ada.
2. Saya dalam keadaan yang agak lemah, mengalami sedikit tekanan dengan semua masalah dan bebanan yang menimpa saya baru baru ini. Jadi, tanpa berfikir banyak, saya buat keputusan untuk berehat sebentar dan menyepikan diri buat sementara waktu——termasuklah menghentikan segala perkembangan dan update untuk cerita Mikasya dan juga Luthfi Adam.
Saya mintak maaf banyak banyak, buat beberapa bulan ini, mungkin saya akan hiatus kembali.
3. Korang suka dan setuju ke kalau cerita Mikasya ini berada dalam bentuk 'fizikal' yang bila bila masa sahaja korang boleh baca dan peluk?
Ada yang faham maksud tersirat saya nie tak? Ehehehe.
Alhamdulillah, berita baik buat saya tapi tak pasti sama ada berita baik untuk korang atau tidak.
Baru baru ini, Mikasya telah dilamar oleh satu syarikat penerbitan yang masih baru, untuk diterbitkan di bawahnya. Beberapa hari saya mendiamkan diri dan berfikir dengan lebih lanjut tentang cerita ini, dan reaksi daripada korang semua.
Alhamdulillah, saya bersetuju dengan tawaran mereka dan untuk tempoh dua bulan ini hingga December 2020, saya akan berada dalam proses melengkapkan manuskrip Mikasya, yang selengkapnya.
Walaupun manuskrip ini akan dinilai terlebih dahulu, tidak menentukan sama ada saya layak atau tidak bagi menerbitkan cerita ini—— saya akan tetap usahakan yang terbaik pada manuskrip saya, terutamanya untuk korang, sebagai pembaca Mikasya yang saya sangat sangat hargai ini.
Jadi, korang juga setuju ke tentang tawaran mereka yang saya dah terima ini?
Andaikan Mikasya berjaya diterbitkan, jangan risau tentang harga yang telah ditetapkan. Saya akan cuba berunding dan menawarkan harga yang berpatutan sesuai dengan jumlah mukasurat dan jalan cerita saya. Lagipun, ramai kan pembaca shie yang masih di bawah umur, sepenuhnya di bawah tanggungan ibu bapa? ❤️
Jadi untuk memuaskan hati korang semua, shie akan buka satu slot soalan di bawah ini, dan korang boleh luahkan apa sahaja yang korang nak—untuk jalan cerita mikasya.
SLOT SOALAN:
Memandangkan Mikasya dah sampai pada bahagian — Mikael 'jadi, milik aku?' ini...
1. Boleh cadangkan tak lanjutan seterusnya untuk kisah mereka berdua? Shie tak ada idea nak wujudkan kisah bahagia diorang, mungkin ada idea yang lebih baik dan bernas dari korang.
2. Adakah semua watak dalam cerita ini memainkan peranan yang baik? Atau, ada watak watak yang korang rasa tak patut pun wujud dalam cerita ini. Perlu ke Shie buang beberapa watak yang tak penting? Kalau ada, boleh nyatakan yaa——
3. Boleh berikan idea tambahan untuk watak Syafiq——dalam berusaha untuk cari kebenaran dalam rahsia Amirah dan Adam. Something like, macam mana caranya dia boleh tahu kebenaran yang Mikael sorokkan. Dia jumpa keluarga Amirah, jumpa kawan kawan Amirah dan sebagainya.
4. Ada tak mana mana bahagian/scene yang korang rasa tak suka dan patut shie buang je dalam cerita Mikasya nie?
5. Boleh berikan tak jenis jenis perniagaan, dan nama nama syarikat yang agak menarik, lain dari yang lain, yang sesuai untuk Mikael dan keluarga dia usahakan. Peniagaan perhotelan nie macam susah sebab shie tak ada idea macam mana nak ketengahkan idea ini.
Dan yang terakhir, sebenarnya saya rasa insecure sangat sangat dengan gaya penulisan saya yang masih lagi lemah dan tak mampu setanding penulis yang lain.
6. Jadi, korang boleh berikan tak sedikit sebanyak kata kata semangat dan sokongan untuk saya mula menulis manuskrip Mikasya yang lengkap ini.
Boleh juga tak berikan review, tentang cara penulisan, penceritaan saya dan cara saya menghidupkan watak watak mereka ini.
7. Dan boleh tak berikan harapan dan impian korang dalam cerita ini, sebagai salah satu sumber inspirasi saya untuk mewujudkan manuskrip Mikasya yang paling terbaik pernah saya buat?
Itu sahaja daripada saya. Pertolongan korang adalah satu perkara yang sangat sangat saya perlukan sekarang ini sebab tanpa pembaca saya, Mikasya tak akan mampu untuk terus kekal berada di sini.
Terima kasih semua ❤️
YOU ARE READING
0.1 | M I K A S Y A
Novela JuvenilMikasya | Kau, Mr Beku Aku. " Wajah ini, aku tak akan biarkan ia mampu untuk tarik perhatian King. " pisau lipat yang saiznya kecil dikeluarkan dari poketnya. " Tolong! Sakit! " jeritnya dengan penuh kuat. Namun jeritan itu menjadi sia sia tatkala...