e m p a t t u j u h

5.6K 375 67
                                    



"biar lena aku,
bermimpikan bahagia."








"Abang? Ehh–––" Terjeda kata-katanya. Nyaris sahaja badannya terkebelakang kerana Mikael yang berhenti melangkah secara tiba-tiba.

Sejengkal lagi kakinya mahu menapak keluar dari rumah ini. Ringkasnya, hanya sejengkal lagi jarak antara dia dan pintu utama dalam rumah ini. Beberapa buah kenderaan yang elok terparkir di perkarangan rumah, ditatapnya lama.

"Abang?" Humaira menyoal lagi. Dia menjengah ke kiri, melambai-lambaikan tangannya dk hadapan wajah Mikael. Tepatnya, di hadapan mata Mikael.

Saat Mikael tersedar dari lamunan pendek dia, dia berpaling ke belakang dan menuturkan satu kata yang cukup menimbulkan rasa sangsi dalam diri Humaira.

"Aku lapar."

Datin Harnina terpaku dengan figura Mikael yang terlihat datang mendekati ruang makan. Tuk Abah yang usai duduk di kerusi pada kepala meja, yang membelakangkan Mikael turut tergamam dengan susuk tubuh Mikael yang tiba-tiba duduk di sisinya.

Matanya terkebil-kebil. "Arash?" Soal Tan Sri Borhan pendek.

"Aku lapar." Jawabnya bersahaja seraya memberi isyarat melalui mata kepada Humaira untuk duduk bersama-sama mereka. "Ambilkan aku makanan, Maira."

Baik Tan Sri Borhan, Humaira mahu pun Datin Harnina yang melihat kelainan pada kelakukan Mikael pagi ini, menatap sesama sendiri. Mata mereka saling bertatapan seolah mahu menyampaikan atau bertanyakan sesuatu sesama mereka.

"Maaflah hari ini mama sempat masak mi goreng saja. Maira, tolong bakarkan roti buat––"

"Tak perlu. Ambilkan aku mi saja."

Tak sempat Datin Harnina habiskan kata-katanya, Mikael pantas mencelah dengan nada yang berbaur arahan. Dia memandang ke arah Humaira yang tergamam. Melihat tatapan mats yang tajam itu membuatkan Humaira leka dari lamunan dia dan pantas mencedokkan beberapa senduk mi ke pinggan yang dihulurkan oleh Mikael.

"Eh?" Tak cukup dengan pandangan pelik dari mereka bertiga, Hanani turut mempamerkan reaksi terkejutnya saat melihat Mikael yang tidak putus menyuapkan mi ke dalam mulut. Mendengarkan kata pendek daripada Hanani, membuatkan dia berpaling dan melihat wajah gadis itu.

"Aku belum nak mati sampai korang semua bagi aku reaksi patung macam tu. Buat biasa sudah lah. Ingat aku ni tak pandai rasa lapar ke dalam rumah ni?" Bahkan Tuk Abah yang sedang menyuakan secawan kopi ke bibirnya, dia terbatuk kerana tersedak secara tiba-tiba.

Tanpa sedar, Humaira memandang ke arah Datin Harnina. Seulas senyuman yang manis dia pamerkan saat wanita itu turut membalas pandangan. Dari mata Humaira, dia tahu Datin Harnina rasa terharu dan bersyukur kerana akhirnya pintu hati Mikael terbuka untuk duduk semeja dengannya dan makan masakan yang dia masak.

Masakan tidak, Mikael betul-betul duduk di sebelahnya yang menjadi kerusi tetap dia selama ini. Kerusi yang Mikael duduk asalnya adalah kerusi utama yang akan dipilih oleh Datuk Aried sewaktu makan saban hari. Melihat keadaan itu, hati tuanya berasa sangat terharu dan gembira.

Kembali pada situasi Tuk Abah, tajam matanya melihat mulut Mikael yang laju mengunyah mi yang ada dalam mulutnya. Dalam diam, dia menyimpulkan senyuman di mana hanya dirinya saja yang mengetahui maksud di balik senyuman itu. Paginya hari ini adalah pagi yang sangat ini memandangkan dia lihat pintu hati Mikael semakin terbuka selepas kejadian semalam.

0.1 | M I K A S Y A Where stories live. Discover now