e m p a t p u l u h

18.2K 1K 196
                                    

HAPPY 40 CHAPTER! ✨
RASANYA EXCITED SANGAT SEBAB SAYA DAH BOLEH BAU ENDING DIA, DAH NAK DEKAT NIE. TAPI STILL TAK DAPAT NAK UPDATE SELALU, SAYA UPDATE HARI AHAD SAJA TAU. JANGAN MARAH!

ME, WRITING THIS SAMBIL DENGAR LAGU CUTE! OMO! WHY YOU SO CUTE? ♥

KORANG? TENGAH BUAT APA SAMBIL BACA CHAP INI?

DISEBABKAN SEMUA ORANG SUKA DENGAN SCENE MIKA AND HUMAIRA—TODAY SHIE BELANJA SWEET SCENE MEREKA!

OKAY JOM BACA!




BUT WAIT!

WATAK ANTAGONIS MASIH WUJUD TAU 👻

-----------



| Biar lena aku
Bermimpikan bahagia |







QISTINA,

Kerna tidak betah lagi untuk berkurung dalam bilik ini, akhirnya Qistina mula memikirkan satu perancangan baru. Semuanya atas kata kata semangat daripada Herman. Tak di sangka, bagaimana lelaki itu boleh tiba tiba muncul dalam kamarnya hari tuh? Dan macam mana dia boleh tahu keadaan dirinya yang terkurung ini?

Lalu untuk pengetahuan semua, hatinya langsung tak terusik di saat Herman memanggil dia dengan panggilan ' sayang. ' Sebab dia memang, tak punyai apa apa perasaan pada lelaki itu. Hendak menyayangi pun terasa jijik, apatah lagi hendak merayu rayu pada lelaki itu. Kalau bukan kerana dia terlalu memerlukan ' serbuk putih ' itu, dia sanggup berlakon berpura pura gembira dengan kedatangan Herman yang secara tiba tiba. Dia terpaksa berpura pura mengucap kata rindu, kata sayang, memeluk tubuh lelaki itu semata mata mahu mendapat serbuk putih yang menjadi ketagihannya.

Hakikatnya, tangan dan seluruh badannya disental kuat menggunakan sabun dan berus bagi menghilangkan kesan sentuhan Herman—yang terasa jijik padanya.

Bodohnya seorang Qistina.

Masih tidak bersyukur dengan apa yang datang kepadanya. Lelaki yang jelas ikhlas sayangkan dia selama ini, dilayan bagai acuh tak acuh, tidak diperdulikan bahkan kini—lelaki itu dipergunakan pula.

Ekoran itu, dia pula sibuk mengejarkan cinta seorang lelaki yang tidak memandang dirinya. Mikael. Wajar ke Mikael memandang dirinya yang sememangnya watak seorang antagonis dalam cerita ini? Watak utama yang akan menjadi penghancur hubungan mereka suami isteri?

Lalu kini, pada realitinya, Qistina sedang duduk di hadapan meja solek yang besar. Rambut ikal mayang berwarna hitam keperangan—yang semakin kering disikat perlahan. Kepalanya tersenget ke kanan, tunak matanya tajam menikam pantulan wajah dia pada kaca tersebut.

Lalu matanya beralih sedikit ke kiri, di mana tertampalnya dua buah foto seorang rakannya—Nurin.

Di mana kebenaran yang dia cari sudah terbongkar——iaitu pengkhianatan seorang rakan baiknya.

Kerana gadis itu, dirinya jatuh terduduk seperti ini.

Kerana Nurin, Mikael tahu segala galanya.

Dan kerana itu, dendam kesumat mula bercambah dalam dirinya hari demi hari. Dia hanya menunggu waktu yang sesuai untuk buktikan pada dua abangnya, yang dia sudah sembuh—boleh keluar melihat dunia seperti dahulu.

0.1 | M I K A S Y A Where stories live. Discover now