d u a e n a m

16.7K 1.1K 84
                                    










biar lena aku
bermimpikan bahagia






ARASH MIKAEL | QISTINA

I swear it! jeritan kuat itu bergema pada satu lorong yang legang dengan orang.

Dengan nafas dan dada yang tercunggap cunggap dan berombak, Qistina tetap mengejar langkah kaki Mikael yang tinggi lampai itu. Pantas sahaja dia menarik lengan kiri Mikael, di saat lelaki itu berhenti melangkah sambil membelakangkan dirinya.

Apa yang ada dalam gambar tuh semuanya betul! Aku tak bohong dengan engkau dan aku sendiri nampak macam mana dia peluk Syafiq depan mata aku tempoh hari! tipu helah masih lagi berjalan. Dengan riak wajah yang serius, Qistina sedaya upaya menutup kepalsuan kata katanya.

Dan apa yang dia lihat itu, hanyalah penipuan semata mata. Nampak sahaja Humaira yang memeluk Syafiq sewaktu di kafetaria, tetapi tiada siapa pun yang tahu bahawa Mikael sendiri yang menyuruh lelaki itu untuk menyelamatkan Humaira.

Tch. Perempuan ini... Mikael merungut, perlahan. Langsung tidak didengari oleh Qistina. Lengan dia yang ditarik terasa bahang dan panas lantas dia menepis rangkulan itu.

Budak macam dia tuh satu apa pun dia tak pandai nak buat. Jadi, cara apa lagi yang dia boleh digunakan selain 'perbuatan ini' semata mata nak dapatkan duit?

Perlahan, air liurnya ditelan walaupun terasa kelat. Berhadapan dengan Mikael yang masih diam ini boleh mendatangkan macam macam perkara yang buruk buat dirinya. Namun kerana dibutakan dengan cinta dan dendam pada Humaira, Qistina sanggup terus menerus memakai topeng penipuan di hadapan Mikael semata mata mahu meraih perhatian lelaki ini.

King... tangan yang ditepis tadi kini dicapai dan dielus perlahan. Ibu jarinya mengelus tapak tangan kiri Mikael. Manakala rahang Mikael ditarik ke bawah supaya menatap wajahnya.

Aku lebih baik dan lebih layak bersama dengan kau, berbanding dia. Aku ada kuasa, aku ada duit, dan semua orang tunduk dengan aku. Kita... Bila kita berdua bersama, tak akan ada sesiapa yang berani ingkar dengan kita.
Dan rahang itu dibelai perlahan. Suara yang lunak dan merdu digunakan sebagai mungkin lalu senyuman Qistina terukir apabila melihat halkum Mikael yang sudah bergerak gerak.

Sebab dia tahu, belaian itu adalah kelemahan buat lelaki yang sedang berada di hadapannya.

Kau——

Namun, tekaan Qistina salah sama sekali!

Aku.. Aku boleh buat apa sahaja untuk kau asalkan aku boleh bersama dengan kau.. dan waktu itu, Mikael nampak mata Qistina yang sudah berkaca kaca. Mahu sahaja dia mengukirkan senyuman sinis, tapi ditahan sebab dia tak nak memberikan apa apa reaksi pada Qistina.

Dadanya perlahan terasa diusap usap.

Budak hodoh macam tuh, Tina pasti tak akan ada sesiapa yang mahukan dia melainkan dia sendiri yang goda mereka
semua.kini rambut bahagian hadapannya pulak diusap dan diuraikan sehelai demi sehelai.

0.1 | M I K A S Y A Where stories live. Discover now