H A I, S E L A M A T D A T A N G ♥
S L O T R E V I E W (4) :
Panggilan khas untuk author farahinnnnnnn
S U P E R M A M A —— sebelum saya baca blurb dan cerita awak nie, tanggapan pertama tentang tajuk ialah saya membaca keadaan seorang ibu yang sangat hebat dalam menguruskan rumahtangganya! Ya, apabila berkaita dengan perkataan mama, tak lain dan tak bukan mesti ia terus merujuk pada seorang ibu! Terkadang, sempat lagi saya bayangkan situasi ibu saya bila kena jaga tiga orang anak dari kecil sampailah besar. Yup! Shie ada tiga orang adik beradik dan Shie paling bongsu sekali!
Untuk tajuk awak, ini adalah satu penggunaan tajuk yang sangat sangat tepat! Tajuk yang awak gunakan dapat memudahkan para pembaca awak sendiri tau! Jadi, bila mereka pertama kali datang untuk membaca cerita ini, tengok daripada tajuk sahaja mereka dah tahu cerita ini mengisahkan apa!
Lagipula, penggunaan tajuk awak nie merangkumi hampir semua plot yang ada dalam jalan cerita awak! Awak bercerita tentang seorang pengasuh yang pangkatnya dinaikkan sebagai seorang isteri——yang jelas dua dua ini memikul tugas untuk mengasuh dan menjadi ibu pada tiga orang anak kecil! Jalan cerita awak tak lari dari tajuk tau. Jadi, tahniah untuk awak sekali lagi ♥
Macam biasa, bila kita baca satu kisah berkenaan seorang pengasuh——rata ratanya akan berkahwin dengan majikan sendiri bukan? Cerita ini pun tak lari jauh daripada cerita cerita yang lain yang ada dekat wattpad ini, tapi...Jangan cepat judge cerita dia tau! Manalah tahu dia akan buat satu plot yang lain daripada lain yang jelas akan membuatkan korang rasa berdebar debar untuk menanti kisah mereka yang selanjutnya! Hahaha.
Untuk saya, apa yang Shie suka dalam cerita awak ini adalah pada watak heroin dia sendiri. Shie suka dengan sikap sabar yang ada dalam diri dia dalam melayani semua karenah dan ragam anak anak Ayriel. Bukan satu orang, tapi dalam tiga orang pada satu masa yang sama! Kalau saya yang jadi heroin ini, mungkin perkara pertama yang akan saya buat ialah mengucap panjang banyak banyak kali!
Sebab saya rasa saya tak mampu nak uruskan mereka dalam satu masa yang sama Hahahahahahh
Tak dilupakan juga dengan watak Ayriel yang agak bertanggungjawab dalam cerita ini. Walaupun pada mulanya hak penjagaan jatuh ke tangan bekas isteri dia, tapi dia sanggup amik dan bela anak anak dia daripada terus ditinggal dan diabaikan oleh bekas isteri dia. Nampaklah dekat sini rasa tanggungjawab dan amanah yang pada diri dia. Ayriel nie dia tak punya banyak masa untuk bersama sama dengan anak anak dia, sebab dia pun perlu bekerja demi sara kehidupan mereka sendiri. Jadi, dia buat keputusan untuk ambil seorang pengasuh khas buat anak anak dia!
Apa yang bagus tentang Ayriel nie bila mana dia bertegas dengan si heroin tentang anak anak dia. Kalau boleh dia tak nak wanita ini bekerja sambil lewa dan abaikan kebajikan anak anak dia.
Apa yang saya suka dalam cerita ini bila mana watak Ayriel yang baran dan suka marah marah nie rupanya dia seorang lelaki yang suka mengusik! Shie paling suka bahagian dekat pantai bila Ayriel sengaja nak usik usik si heroin nieh!
Yang paling tak tahan tu, bila diorang berdua main pickupline sesama sendiri! Walaupun heroin yang banyak mulakan tapi Shie tak hentk henti sengih tau masa nie! Kadang tuh, sampai Shie sendiri baca bahagian ini berulang kali!
Ada satu bahagian yang paling Shie tak boleh lupa bila Ayriel bagi pickupline dekat dia! Masa tu diorang ada dekat kawasan swimming pool kalau tak silap. Haa dekat sinilah Ayriel ada jerit tanya nak kahwin dengan dia tak! Serius tau bahagian nie Shie baca banyak banyak kali!
Tapi yang Shie rasa sedih dalam cerita ini bila Shie mula nampak perangai panas baran Ayriel sejak dia bernikah dengan si heroin. Ya Allah kesian sangat tau dekat perempuan nie bila bubur yang dah susah payah dia masak kena tepis macam tu je dengan Ayriel. Dahlah kena tepis, siap pakej kena marah lagi! Ish! Shie pun rasa sebak tau!
Paling tak boleh blah tu dalam bab baru baru ini. Bila mana Ayriel dapat gambar gambar si heroin dengan seorang lelaki dengan keadaan yang agak intim! Weh! Perempuan tu baru je balik rumah dan dia sendiri boleh je tanya dulu kan macam mana gambar nie boleh ada. Tapi Ayriel terlalu ikutkan kemarahan dia akhirnya perempuan nie yang jadi mangsa kerakusan nafsu Ayriel sendiri!
Bila dah dapat jawapan yang sebenarnya, barulah Ayriel nie nak sedar kesalahan dia. Masa saya baca bahagian Ya Allah rasa marah rasa sebak nak menangis semuanya pun ada tau! Tak tahu nak komen apa tentang bahagian ini.
Kisah rumah tangga mereka yang didirikan tanpa rasa cinta yang kuat ini——akan bergoyah sikit demi sikit dengan kehadiran bekas isteri Ayriel yang dulu! Bekas isteri dia nie ermm malas nak ulas. Yang jelas Shie memang tak suka dengan kenunculan dia! Tapi... Hahaa, kalau tak ada konflik mesti tak seronok kan? Jadi, kita semua kenalah tunggu apa lanjutan kisah mereka yang seterusnya.
Untuk kalian yang suka baca kisah alam rumahtangga seperti ini, Shie memang sarankan pada korang supaya baca cerita ini! Cerita dia seronok tau dan tak bosan kalau korang betul betul hayati setiap jalan ceritanya! Lagi lagi apabila mereka berdua dah selamat bernikah. Mesti akan ada konflik besar yang mampu goyahkan rumahtangga mereka!
Bagi pendapat Shie sendiri, saya suka baca cerita macam nie tau! Tak tahulah kenapa...Tapi segala konflik dan rintangan yang ada dalam alam percintaan, alam rumah tangga ini memberikan saya satu gambaran yang sebenarnya rumah tangga kita akan sentiasa bergoyah dan ada turun dan naiknya. Kira, cerita macam ini buat Shie lebih bersedia untuk jadi lebih matang dalam menghadapi sesuatu perkara :))
P E N U L I S A N —— dari segi penulisan awak, tak ada apa apa masalah. Sebab awak sampaikan cerita ini dengan baik. Awak jelaskan satu persatu apa yang terjadi, macam mana kehidupan si heroin sebagai pengasuh, macam mana penerimaan anak anak kecil itu dan sebagainya. Saya faham apa yang awak sampaikan melalui jalan cerita awak ini. Penulisan yang digunakan agak ringkas dan tak terlalu panjang berjela mahupun berbelit belit sampai orang lain pun tak faham.
Secara keseluruhannya, saya faham tentang cerita awak! Watak watak yang ada dalam cerita ini pun saling membantu dan mempunyai peranan mereka masing masing, jadi bagi saya cerita ini tidaklah terlalu nampak sarat dengan watak yang tak penting dan ataupun terlalu sarat dengan konflik yang berat untuk dirungkaikan. Tapi, tak ada siapa yang tahu apa yang bakal berlaku sepanjang cerita ini, bukan?
Jadi secara keseluruhan, saya suka dan enjoy sepanjang baca cerita ini. Makin saya baca dari bab ke bab, cerita ini makin menarik dan mengasyikkan. Jadi untuk awak, teruskan cara penulisan macam nie dan perbaiki lagi supaya nampak lebih menarik tau.
Saya nampak beberapa kesalahan dari segi ejaan, tapi saya dah lupa bab berapa. Tapi tak apalah sebab bagi Shie kesalahan ini merupakan kesalahan biasa bagi semua penulis. Cuma, ada satu sahaja kesalahan yang nampak terlalu ketara dalam penulisan awak.
Kedudukan tanda baca. Awak selalu jarakkan kedudukan tanda baca awak tak kiralah tanda koma, tanda noktah, tanda seru dan sebagainya. Dalam blurb awak pun sama, awal awal lagi saya dah nampak kesalahan ini. Jadi, lepas ini saya harap awak boleh gunakan kedudukan tanda baca dengan betul supaya jalan cerita awak nampak lebih kemas :))
Khas untuk penulis, tahniah sebab awak memang ada idea dan bakat untuk mengarang! Penulisan awak juga baik! Jadi saya harap agar awak sentiasa perbaiki dan asah bakat awak supaya dalam berdiri seiring dengan para penulis yang hebat tak kira di sini atau di luar sana! Moga awak sentiasa berjaya dan maju ke hadapan! ♥
Maafkan Shie sebab lambat update review awak. Shie dah siapkan awal awal lagi review ini, tapi Shie memang tak ada kesempatan untuk bukak wattpad beberapa minggu ini :) Harap review ini dapat membantu awak. Maaf untuk kekurangan yang ada pada ulasan saya ini :)
YOU ARE READING
0.1 | M I K A S Y A
Teen FictionMikasya | Kau, Mr Beku Aku. " Wajah ini, aku tak akan biarkan ia mampu untuk tarik perhatian King. " pisau lipat yang saiznya kecil dikeluarkan dari poketnya. " Tolong! Sakit! " jeritnya dengan penuh kuat. Namun jeritan itu menjadi sia sia tatkala...