Hai peps! Terima kasih untuk semua yang dah join sesi Q&A dalam chapter yang lepas. Tahniah juga pada para pemenang yang saya dah tagkan ini, yang tak menang juga jangan risau yaa sebab semua jawapan korang Shie akan letak dekat akaun Instagram Shie. Jangan lupa jenguk dan tengok apa yang Shie tulis dalam setiap post Shie yaa <3.
ainjwaaa
Nur_Aila
snowchoco_
dsun0114
tunnizzTahniah sayang-sayang saya semuanya! ❤️ Yang tak menang, saya tetap hargai hasil usaha kalian, dan jangan lupa untuk ikuti setiap post saya, yang kalian letak dekat ruangan komen tempoh hari, dekat instagram saya nanti. Saya akan masukkan sikit-sikit dekat sana nanti.
Akhir kata, saya hargai apa yang korang letak pada comment yang lepas ❤️
Dah ready ke tu? Qistina nak buat comeback ni 🤣
-----
"Biar lena aku,
bermimpikan bahagia."
Herman melepaskan keluhannya.
Telefon pintar yang dia lekapkan pada telinga kiri, dijauhkan dan dia letakkan telefon itu di atas katilnya. Dia mengeluarkan nafas keluhannya, seraya meraupkan rambutnya ke belakang.
Satu perasaan yang dia rasa sekarang ini.
Menyesal.
Menyesal kerana dia angkat satu panggilan daripada Qistina, sedangkan gadis itu boleh dikira ratusan kali cuba menghubunginya.
"HERMAN!" Itu jeritan yang dia dengar saat dia kembali menelekapkan telefon pintarnya pada telinga. Jeritan yang sangat kuat, cukup lali dengan nada tersebut selama beberapa tahun dia berada di sisi gadis yang dia cintai ini.
"Kita jumpa dekat tempat biasa. Aku tak suka kau jerit-jerit macam ni." Lalu tanpa menunggu balasan daripada Qistina, dia lantas memutuskan panggilan itu. Mungkin kerana tidak betah dengar perubahan mendadak yang dia lihat pada Qistina sekarang ini.
Ah Herman! Perubahan Qistina yang berlaku secara mendadak atau sebenarnya itu adalah sifat sebenar dia yang kau selalu tak nampak?
Terkadang dia tak faham dengan diri dia sendiri. Mikael, abang tiri yang dia tak anggap pun lelaki itu sebagai musuh, sebagai rakan pun tidak, sebagai ahli keluarga pun pasti Mikael tidak akan mengaku dia adalah adik tirinya. Tapi dia baru sedar dalam diam Mikael selalu beri peringatan pada dia supaya menjauhkan diri daripada gadis itu.
Apa dirinya terlalu baik sampai dijadikan bahan untuk dimanfaatkan oleh gadis itu, atau dia sebenarnya buta kerana pentingkan egonya dan tak mahu mendengar kata kata Mikael?
"Siapa? Qistina?"
Kakinya terkaku pada anak tangga yang terakhir. Mikael yang muncul daripada belakang membuatkan dia menoleh ke kiri dengan spontan. Mikael yang tinggi lampai berdiri sambil memasukkan dua belah tangan dia ke dalam poket seluar.
"Bukan urusan kau." Pendek sahaja balasannya, dia kembali merenung ke depan, memutuskan pandangannya dengan pandangan mata Mikael.
Mikael hanya mempamerkan riak wajah yang kosong. Dia mendekati Herman dan berdiri di sebelahnya. Tangan kanan dia berada di atas bahu kiri Herman, sebelum dia menitipkan satu pesanan yang entah Herman akan ikut atau pun tidak.
YOU ARE READING
0.1 | M I K A S Y A
Teen FictionMikasya | Kau, Mr Beku Aku. " Wajah ini, aku tak akan biarkan ia mampu untuk tarik perhatian King. " pisau lipat yang saiznya kecil dikeluarkan dari poketnya. " Tolong! Sakit! " jeritnya dengan penuh kuat. Namun jeritan itu menjadi sia sia tatkala...