s e m b i l a n

19.8K 1K 16
                                    


Biar lena aku,
Bermimpikan bahagia.













Camera Nikon diangkat tinggi dan dia merakam segala apa yang berlaku di hadapannya kini.

" So, hai semua! " kamera itu dipusingnya menghadap dirinya. Dia yang sedang berada di hadapan para pelajar yang saling berkerumun melambaikan tangan pada kamera itu. " Hari ini adalah hari yang paling terbaik untuk kami since kami semua dah jumpa siapa pemilik apple's request kali ini--" bibirnya mengukirkan senyuman sinis sambil disambut dengan sorakan daripada pelajar yang lain.

" So, please enjoy dengan apa yang aku rakamkan ini! Please comment dekat bawah if korang rasa ada idea gila yang patut kita bagi pada budak malang ini! See you on next video! " dan sejurus itu dia melemparkan senyuman yang paling manis sambil berpusing dan merakamkan para pelajar yang berada di belakangnya.

Tiga langkah diambil lalu matanya menatap figura gadis gadis dihadapannya ini.

" Jadi, kau dah bersedia? " soal gadis yang berada di tengah tengah. Dia mengukirkan senyuman sinis sambil menggantungkan tali kamera di lehernya.

" Payment, seperti biasa--and of course aku dah bersedia. " Tangannya membelek belek kamera miliknya sebelum matanya naik membalas panahan mata Qistina.

Sampul berwarna coklat itu bertukar tangan. Qistina melangkah setapak ke hadapan, bertentangan dengan lelaki ini.

" Berikan aku yang terbaik, yang mampu kau buat-- " bibirnya dirapatkan pada telinga lelaki itu.
" And make sure segala video itu, adalah yang paling memalukan -- since I get a lot of ideas right now. "

Lelaki itu mengangguk. Kedua tangan saling berjabat lalu masing masing berlalu bagi memulakan tugas masing masing.

" --jadi... Bagaimana? " Terus kepala Qistina memusing ke belakang, memandang Nurin yang sedang bersama dengan Sofia.

" --bagaimana yaa? " Soalnya kembali. Dia melangkah mendekati mereka berdua sebelum kedua tangannya melingkari bahu Sofia dan Nurin. Dia memandangkan kedua dua rakan baiknya itu.

" Kita tengok dulu apa yang mereka semua dah buat pada dia--" Lalu matanya melihat ke hadapan bersama senyuman senget yang terbit pada bibir merahnya.

----------------

Hari pertama selepas tersebarnya tentang video apple's request itu telah membuatkan hidupnya terasa kucar kacir. Setiap saat dirinya tidak tenteram kerana memikirkan permainan apa yang bakal mereka semua lakukan pada dirinya selepas ini. Walau sekuat mana pun keinginannya untuk menidakkan hal ini, namun Humaira masih lagi kekal berada di sini ; dan masih lagi memegang gelaran penerima apple's request itu tanpa kerelaan dirinya.

Selangkah kaki kanannya menapak pada pekarangan laman ini, dia terasa bagai diancam. Pandangan mata yang tajam dan sinis rata rata diberikan kepadanya pada setiap kali dia melangkah melintasi mereka. Belum cukup dengan itu, lelaki yang jelas dia tahu bahawa pelajar itu adalah seniornya ; mempamerkan senyuman dan tidak putus putus berada di hadapannya sambil membawa kamera.

Air liur ditelan kelat. Nafasnya bagai terhenti.



" -- so, I am back! " Lelaki itu menghadapkan wajahnya pada bahagian hadapan kamera . Dia melambai ke arah kamera itu. " Macam apa yang aku janjikan pada video yang lepas , today aku nak introduce korang semua dengan mangsa apple's request-- " dan sejurus itu terdengar satu sorakan kuat di belakangnya. Humaira menutup matanya kerana takut dengan situasi baru ini. " -- yang surely akan mengempakan seluruh sekolah ini! " Lelaki itu menuturkan kata katanya lagi. Lalu dia menghadapkan kamera itu pada Humaira yang sedang berjalan sambil menunduk.

0.1 | M I K A S Y A Where stories live. Discover now