biar lena aku,
bermimpikan bahagia.
D U A T A H U N B E R L A L U
MATANYA melirik pada pesanan ringkas yang baru diterimanya tadi.
[ D'Street Restaurant. Meja Enam. ]
Dari luar pintu kaca tersebut, pandangannya melurus ke hadapan. Menembusi kaca mata hitam yang dipakainya sekarang ini. Tak lama kemudian, senyuman sengetnya muncul secara perlahan.
Figura gadis bertudung yang duduk berhadapan dengannya direnung tanpa gadis itu sedar. Matanya melirik pada tangan kanan gadis itu yang dari tadi lincah menulis. Bibirnya terkumat kamit membaca sesuatu. Matanya sekejap melirit pada buku di sebelah, lalu fokus pada buku notanya. Sehinggalah tangan kirinya naik mengaru kepalanya yang dibaluti dengan tudung berwarna cream gelap. Semuanya diperhatikan oleh dia. Bukan kerana tingkah laku gadis itu yang agak mencuit hati.. Namun.. Kerana wajah gadis itu yang mengingatkan dirinya tentang kejadian dua tahun yang lalu.
Atau lebih.. Mengingatkan dia kepada rupa seseorang.. Seseorang yang sangat sangat dia benci.. Walaupun jelas roh seseorang itu sudah terpisah dari jasadnya..
DIA melirik kepada seorang lelaki yang duduk pada meja bernombor 9 , yang jelas membelakangkan dia. Tangan kanan diletakkan di atas bahu lelaki tersebut, membuatkan lelaki itu terkaku habis. Bibirnya mengukirkan senyuman sinis.
“ Dua tahun kau menghilangkan diri tanpa khabar berita.. Apa yang membuatkan kau kembali? ”
Bibirnya mengukirkan senyuman manis akibat tawa kecil yang keluar dari mulutnya tadi. Pelayan yang datang menghidangkan fresh oren dipandang sekilas. Matanya naik menatap wajah sahabat baiknya, sebelum kedua jari jemarinya disilangkan dan diletakkan di atas meja.
“ Kau tak suka dengan kedatangan aku? ” Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya dia berbicara. Air yang dipesan tadi dihirup sebentar. Terasa kesejukan dan kenikmatan air tersebut mengalir ke tekaknya.
" Aku tahu kau ada banyak perkara yang kau nak tujukan pada aku. " Kaca matanya dibuka." Sangat banyak. Sampai aku tak tahu nak mulakan daripada mana."
Matanya melirik ke arah susuk tubuh gadis yang berada di belakang sahabatnya ini. Disaat pandangan matanya disambut oleh gadis itu, tanpa sengaja.. Terbit satu pancaran kilat di dalam dirinya. Yang jelas memberikan getaran hebat buat dirinya. Tangan yang mengigil dan disembunyikan sebaik yang mungkin. Matanya kemudian beralih kepada Syafiq, sahabat baiknya.
" Aku tak nak ada tanggapan buruk pada kau. Tapi... " Matanya melirik
pada dia, dari atas sehingga ke bawah.
" Sejak Amirah pergi tinggalkan kita, kau dah tak macam dulu. "Berubah wajahnya disaat nama itu meniti di bibir Syafiq. Nafasnya sudah tidak menentu. Namun dia tetap sabar menahan rasa, kerana memberi ruang kepada rakannya itu untuk meneruskan kata katanya.
YOU ARE READING
0.1 | M I K A S Y A
Teen FictionMikasya | Kau, Mr Beku Aku. " Wajah ini, aku tak akan biarkan ia mampu untuk tarik perhatian King. " pisau lipat yang saiznya kecil dikeluarkan dari poketnya. " Tolong! Sakit! " jeritnya dengan penuh kuat. Namun jeritan itu menjadi sia sia tatkala...