2 ) Luthfi Adam.
Baby baru saya untuk tahun 2020 ini. Masih lagi ada dalam draft dan baru siapkan 3 chap yang tak terlalu panjang patah perkataannya. Saya belum berani nak publish cerita ini since saya masih lagi mencari rentak jalan ceritanya. Dan semestinya tidak seratus peratus terikat dalam genre cinta! Jadi, ada kata kata semangat buat saya? ngeee ♥Biar lena aku
Bermimpikan bahagia.Datin Harnina.
DALAM diam, dia mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana kehadiran dia dalam keluarga ini diterima baik tanpa mendapat mana mana tentangan daripada sesiapa. Dia bukan seperti perempuan yang selalu terdapat dalam drama hatta novel novel yang terdapat di pasaran—yakni seorang perempuan yang terlalu buta matanya kerana harta mahupun seorang ibu tiri yang kejam terhadap anak anak tirinya.
Tidak. Dia cuma wanita biasa yang diberikan nama Harnina. Tiada sebarang pangkat lantaran sudah mempunyai dua cahaya mata hasil pernikahan aturan keluarga terdahulu. Dan sepanjang hayatnya, dia tidak pernah terbayang untuk mengenali seseorang yang mempunyai pangkat dan pengaruh yang sangat kuat. Berada di dalam keluarga baru ini, memberikan banyak pengalaman serta mengajar dia untuk lebih berdiri atas kaki sendiri—kerana tidak semua hal yang indah di mata orang akan menjadi khabar gembira buat empunya tuan itu sendiri.
Terkadang, mereka yang mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar ini—lebih hancur dan kacau bilau kehidupannya berbanding orang biasa. Ada sahaja serba serbi perkara yang tidak kena. Namun begitu, ayah mentua yakni Tan Sri Borhan tidak pernah mengeluh untuk memberikan didikan dan sokongan moral untuk dirinya sendiri.
Tetapi sejujurnya, tingkah laku dan ragam anak anak kandungnya sering menambahkan kegusaran di dalam dada. Tingkah mereka yang terlalu sosial, liar, dan langsung tidak mempunyai common sense membuatkan dia sangat malu untuk berhadapan dengan Tan Sri Borhan serta Arash Mikael. Namun pujukan dan penerimaan Tan Sri pada mereka semua sering membuatkan dia terasa mahu sujud syukur.
Bertahun tahun hidup dalam keluarga yang mahsyur ini, membuatkan dia semakin mengenali tingkah laku anak tirinya; Arash Mikael. Dalam kedinginan yang anak tirinya tunjukkan itu, dalam diam dia tahu bahawa anak muda ini sangat menghormati dan semakin menerima dia di dalam keluarga ini. Tetapi Arash tidak pernah menzahirkan tentang ini.
Mungkin dia hanya perlu lebih bersabar dan menunggu waktu yang tepat. Kerana dia tahu, sekeras mana hati anak muda ini satu saat nanti ia pasti akan lembut juga. Jadi, dia tidak pernah berhenti berdoa dan sentiasa bersangka baik pada mereka semua.
Dan buktinya, Arash dengan begitu mudah menyerahkan gadis pilihan hati mereka kepadanya—dengan alasan dia mahu gadis itu tahu pangkuan mana yang dia harus pergi tatkala ada perkara buruk yang berlaku antara mereka.
Dia mengucapkan rasa syukur dan melepaskan nafas kelegaan.
Mikael menoleh sekilas ke arah Humaira yang baru sahaja menghampirinya.
“ Bukan sekarang, tapi dalam masa terdekat ini Arash akan selalu hantar dia pada mama dan Tuk Abah. Arash nak mama ajar dia semua benda, mahirkan dia dalam pelbagai asas yang mama tahu. Lagipun, mama ada butik kan? ”
Ada betulnya juga dengan cadangan Tuk Abah tadi. Memandangkan dia sudah mengeluarkan hasrat kepada Tuk Abah—di mana dia mahu mengajarkan Humaira tentang erti kehidupan yang sebenar dan tak semena mena Tuk Abah menyuruh dia untuk mendekatkan Humaira dengan mama tirinya. Sebab Tuk Abah percaya dan yakin bahawa mama tirinya boleh mendidik lantaran boleh mengawasi gadis itu sewaktu ketiadaan Mikael.
YOU ARE READING
0.1 | M I K A S Y A
Teen FictionMikasya | Kau, Mr Beku Aku. " Wajah ini, aku tak akan biarkan ia mampu untuk tarik perhatian King. " pisau lipat yang saiznya kecil dikeluarkan dari poketnya. " Tolong! Sakit! " jeritnya dengan penuh kuat. Namun jeritan itu menjadi sia sia tatkala...