d u a l i m a

16.6K 1.1K 119
                                    


























biar lena aku
bermimpikan bahagia







ARASH MIKAEL | SHAFIQ



Dari jauh, Mikael hanya menatap figura Shafiq yang sedang bersandar pada dinding. Tuala kecil berwarna biru yang tersangkut pada sebelah bahu dipegang lalu ditekap pada wajah dan bahagian ubun ubun yang sudah basah dengan peluh.

Manakala Mikael, duduk bersila sambil sebelah kakinya ditongkatkan dan meletakkan siku kanan di atasnya. Penutup botol berwarna biru dibuka lalu air mineral mengalir masuk melalui mulut dan terus ke kerongkong. Kelibat Syafiq yang semakin mendekat dipandang biasa sahaja.

Aku rasa tak ada apa apa isu lagi antara kita berdua. Apahal pandang aku macam tak puas hati dari semalam? lidah menolak isi bahagian dalam mulutnya manakala kedua belah mata masih lagi melihat pelajar pelajar yang sedang lincah bermain bola sepak di padang.

Astaka yang telah dibina siap berbumbung dan tempat duduk ini menjadi pilihan mereka berdua seperti biasa. Waktu pendidikan jasmani yang berdurasi selama 1 jam dan 2 hari seminggu ini telah digunakan sebaik mungkin oleh rata rata pelajar lelaki—dengan hobi bermain bola sepak, bola keranjang dan sebagainya. Mikael yang sudah lencun dengan air peluh bersama jersey bola keranjang yang tidak berlengan dipandang oleh Syafiq tanpa mempunyai tanda tanda untuk membalas soalan daripada Mikael sebentar tadi.

Dan apa yang keluar dari mulutnya hanyalah sebuah keluhan yang sedikit kuat.

Isu tentang Adam. Bukan lagi masih ad——

Belum habis lagi ke pasal nie? kali ini sedikit keras nada yang digunakan. Pandangan mata tadi terus beralih melihat Syafiq yang berura ura mahu duduk disebelahnya. Aku sendiri yang suruh kau siasat pasal ini. Berita tentang kejadian ini mampu kau dapatkan dekat mana mana. Tempat kejadian, hari kejadian—kau cari dekat google pun jumpa lah wei!

Syafiq terbungkam. Terkebil kebil mata dia apabila menjadi kata kata Mikael yang seolah sedang memarahinya. Memang salah dia sebab bangkitkan hal ini sedangkan Mikael sendiri menyuruh dia mencari kebenaran di atas semua ini. Tapi yang selalu menjadi persoalan dia saban hari, mengapa Mikael tegas dan begitu sahaja menyuruh dia membongkar kebenaran tentang Adam? Sedangkan dalang di sebalik kematian itu adalah Mikael sendiri?

Jangan soal aku apa apa lagi. Cari dulu dan buktikan aku segala kebenarannya, baru kau akan faham kenapa aku buat macam ini. itu sahaja yang Mikael mahu ucapkan. Dia sudah malas untuk berbahas soal Adam lagi. Mikael yang bangun dan berura untuk pergi segera dihalang oleh Syafiq.

Okay! Aku ikut cakap kau. Tapi jangan pergi dulu.

Mikael mendengus.

Cakap. Dari semalam kau nampak tak puas hati dengan aku apahal?

Jangan samakan Amirah dengan adik Adam. nafas ditarik perlahan. Manakala Mikael sudah mengerutkan dahinya. Tak faham dengan kata kata itu.

0.1 | M I K A S Y A Where stories live. Discover now