biar lena aku
bermimpikan bahagia“ Qisya Humaira! ” Namanya terus sahaja diucapkan sejurus dia menjawab panggilan rakan baiknya, Sarah yang sedang menghadiri seminar si Johor Bahru. “ Seriously aku ada benda penting nak bagitahu engkau. ” Bibir Humaira mengukirkan senyuman.
“ Cuba bawak bertenang sikit, Sarah—” Ujarnya usai sahaja dia melabuhkan diri di atas bangku di taman bunga ini.
“ Its Apple's Request! ” Jeritan itu membuatkan badannya menjadi tegang. Senyuman yang diukir, hilang tanpa dipinta.
“ Ap..Apple's request? ” soalnya kembali.
“ Yaa, aku baru dapat info tentang hal ini and yes-Apple's Request is back! ” Nafasnya seakan berhenti. Benda yang paling dia takutkan sudah kembali setelah beberapa bulan mereka hidup aman daripada sebarang pembulian atau lawak jenaka mereka yang tidak berperikemanusiaan.
“ Aku mintak maaf sebab beritahu engkau tentang hal ini, but aku rasa-kau patut tahu since comebacknya Apple's Reques ini mungkin lebih teruk berbanding kebiasaannya. ” Dan kemudian terdengar beberapa keluhan dari rakan baiknya sendiri. Beberapa saat berlalu, Sarah kembali menuturkan katanya.
" They said, our King is back dan nak habiskan pelajaran dia dekat sekolah kita. Kau boleh assume dia kind of pelajar senior kita and of course dia ada pangkat dia yang tersendiri. But Humaira—" Panggilnya. Humaira seakan baru tersedar dari lamunannya. Kata kata terakhir daripada Sarah cukup membuatkannya mengigil.
" Aku tahu engkau macam mana Humaira, and aku boleh anggap yang sekarang nie kau mula rasa gelisah dan takut. Aku mintak maaf, but please.. Please.. And please, hindarkan diri kau daripada dia dan semestinya daripada Apple's Request ini. "
" Humaira... "
" Iyaa? "
" I'm sorry.. " Air matanya jatuh.
" I'm sorry sebab tak dapat nak jadi pelindung kau untuk kali ini. " Nafasnya tersekat. Perasaan takut itu sangat mengganggu dirinya sekarang ini. " Please take care, and kalau anything happen aku sentiasa ada untuk kau.. "
" Remember. Cuba jauhkan diri kau daripada sebarang permainan Qistina dan yang lain. "
" Auch.. Hiks.. "
Bibirnya meringis kesakitan. Tangan kiri Humaira berpaut pada palang di koridor. Dia sangat penat,walaupun baru beberapa anak tangga yang dinaikinya sebentar tadi. Kaki kirinya yang dilibas dengan menggunakan tali pinggang kulit milik papanya lewat malam tadi telah meninggalkan kesan bengkak dan tanda tanda kemerahan. Rata rata pelajar yang berada di sekelilingnya,hanya memandang dengan pandangan yang sinis dan mengejek. Sejak berada di tingkat tiga, di mana letaknya loker loker untuk para pelajar di sekolah ini, Humaira tidak lepas lepas menjadi bahan tontonan mereka.
Kepalanya menunduk ke bawah. Tidak yakin dengan apa yang dia rasakan ketika ini, kerana.. Awal pagi, usai sahaja di masuk ke dalam kelas rakan rakan mereka bahkan seluruh pelajar di sekolah ini heboh dengan apple's request yang telah kembali itu. Apple's Request, sejenis bahan bulian oleh sekumpulan senior perempuan mereka, kepada sesiapa sahaja para pelajar yang menjadi sasaran mereka.Pelekat yang berbentuk buah apple yang berwarna kelabu dan mempunyai logo tengkorak akan ditampal pada loker pelajar yang menjadi mangsa mereka.
YOU ARE READING
0.1 | M I K A S Y A
Teen FictionMikasya | Kau, Mr Beku Aku. " Wajah ini, aku tak akan biarkan ia mampu untuk tarik perhatian King. " pisau lipat yang saiznya kecil dikeluarkan dari poketnya. " Tolong! Sakit! " jeritnya dengan penuh kuat. Namun jeritan itu menjadi sia sia tatkala...