biar lena aku
bermimpikan bahagia.MATANYA terkebil apabila melihat jam tangan yang berada di tangan kirinya ini.
" TERIMA kasih atas segalanya, Sarah.. " Bibirnya menguturkan kata walaupun matanya lebih fokus mengemas segala alatan tulis dan buku nota miliknya ini. Kemudian, matanya naik menatap wajah Maisarah yang baru sahaja meletakkan telefon di atas meja ini.
" ... Kalau tak ada kau, aku tak tahu lagi nak buat macam mana. Hanya Allah je yang faham macam mana strugglenya aku untuk peperiksaan yang akan datang nanti.. " Dan kata kata itu mengundang rasa lucu di dalam gadis yang berada di hadapan Humaira. Ini kata kata terima kasih, atau lebih kepada luahan hatinya?
" Chill laa babe.. Ini baru peperiksaan penggal pertama, kau nak risaukan apa lagi? Lain laa hujung tahun nanti, memang dengan aku sekali yang kalut masa nak jawab kertas SPM nanti.. " Air dihirup lalu matanya mengerling ke arah seorang lelaki yang menghampiri mereka.
" Untuk orang yang bijak macam kau, iya laa.. Tapi untuk aku? " Jari jemari dimainkan sesama sendiri.
" ...Kau pun tahukan ugutan papa dan mama aku, kalau aku tak dapat result yang bagus kali ini? " Senyuman hambar diukirkan." Study smart Humaira.. Yang mudah, jangan disusahkan.. " Badannya didekatkan kepada meja.
"... Kau tak perlukan nota yang panjang berjela ini. Apa yang kau perlukan adalah ini.. " Lalu satu fail yang mengandungi beberapa helaian nota ringkas, atau lebih kepada bubble map diserahkan kepadanya." .. Ini segala nota yang kakak aku buat since dia pun jenis yang bebal macam kau jugak. Aku rasa kau lagi perlukannya berbanding aku.."
" Ambil saja, Humaira.. Bukan senang nak tengok awek aku bermurah hati macam ini.. Auw!" Humaira melemparkan tawanya ketika melihat wajah lelaki, yakni teman lelaki gelap kepada Maisarah yang mengadu kesakitan gara gara cubitan ketamnya itu. Hatinya sentiasa tercuit tatkala melihat pasangan ini ada di hadapan matanya.
" Ehh, nak balik dah? " Humaira mengangguk, dia berdiri lalu memandang ke arah dua rakannya ini.
" Dah lewat sangat, papa aku mesti mengamuk kalau dia dapat tahu yang aku curi curi keluar di belakang dia. " Beg tepi yang dipakai pada baju kanan dibetulkannya.
"... Anyway, thank you tau untuk nota ini. I own you.. " Bicaranya mengukirkan senyuman, sebelum mati tatkala pandangan mata lelaki yang berada di hadapannya ini disambut olehnya.Satu satunya basikal kecil molek yang diletakkan bersebelahan dengan motorsikal berkuasa tinggi telah menimbulkan rasa geli hati dalam dirinya. Terasa kerdil basikal itu dibuatnya jika mahu dibandingkan dengan motorsikal yang lebih jelas mahal dan mewah itu. Sama seperti dirinya, Qisya Humaira satu satunya gadis yang paling rendah perwatakannya berbanding dengan mereka yang jelas bertaraf tinggi dan hidup lebih mewah daripada dirinya.
Lambaian oleh Maisarah dan teman lelakinya itu disambut baik oleh Humaira. Dia mengukirkan senyuman sebelum duduk di atas tempat duduk basikal ini. Akhirnya, gadis berbaju kurung bunga bunga kecil mula mengayuh perlahan basikalnya dengan riang dan gembira.
Itulah kebahagiaan yang dia rasa sejurus sahaja dia mencelikkan mata dua tahun lepas. Keperitan hidup dan desakan situasi yang dialaminya telah membuatkan dia hidup bersederhana walaupun dia dikelilingi oleh keadaan yang serba mewah. Diperlakukan seakan anak pungut oleh ahli keluarganya langsung tidak menganggu harapan dia untuk meneruskan hidup walaupun ada kalanya dia rebah dan jatuh tersungkur.
YOU ARE READING
0.1 | M I K A S Y A
Teen FictionMikasya | Kau, Mr Beku Aku. " Wajah ini, aku tak akan biarkan ia mampu untuk tarik perhatian King. " pisau lipat yang saiznya kecil dikeluarkan dari poketnya. " Tolong! Sakit! " jeritnya dengan penuh kuat. Namun jeritan itu menjadi sia sia tatkala...