“ Selain penjagaan muka yang rapi ; skincare, morning dan night routine, a natural make up and etc—— nak tahu lagi satu cara yang paling ringkas untuk
wajah? ”“ apa dia? ”
“ The simple one selain wudhu. Iaitu bersihkan hati. ”
“ Bagaimana caranya? ”
“ buang segala kekotoran yang ada di dalam hati. Buang segala penyakit seperti cemburu, iri hati, hasad dengki. Banyakkan berzikir dan sentiasa bersangka baik pada manusia. Yang paling penting, jangan pernah lupa untuk ucapkan syukur atas kurniaan nikmat yang Dia beri. ”
“ sebab dari hati akan naik ke seri muka. Hati yang bersih, akan buatkan kita sentiasa tenang dan tidak cepat melatah dalam mendepani segala rintangan hidup hatta menghadapi segala ragam manusia. ”
years of 2020 , so kita semua buka chapter yang baru okay. Keep moving on dan terus ke hadapan. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Yang buruk itu datangnya daripada kita dan yang baik datangnya daripada Allah.
Announcement ; InshaAllah shi perbaiki sedikit demi sedikit dari segi jalan penceritaan, plot, cara membawa watak cerita, penggunaan tatabahasa dan sebagainya. Sebarang kesalahan yang korang semua jumpa, shi izinkan untuk ditegur direct di sini mahupun melalui direct massage. Sebagai kesilapan yang shi lakukan secara sengaja atau tidak sengaja harap boleh dimaafkan.
biar lena aku
bermimpikan bahagiaMelihat Mikael yang seakan mula mempertahankan Humaira, Adrian dan Angah terus menerpa ke Datuk Arman. Adrian menarik sisi baju papanya ke belakang lantas dipegang seeratnya agar lelaki itu tidak boleh bergerak lagi.
“ Macam apa yang Arash kata tadi sekarang Along pun nak cakap benda yang sama. CUKUP PAPA! Benda nie tak akan pernah selesai kalau papa tak habis habis nak pukul dia! ” suara Adrian naik seoktaf. Datuk Arman yang meronta ronta mahu melepaskan diri kini kian dikunci pergerakannya oleh Angah.
“ Lepaskan aku! ” Datuk Arman mengherdik. “ Aku belum habis nak ajar dia! Aku cakap lagi sekali, jangan ada sesiapa yang berani masuk campur antara aku dan perempuan tak guna ini! ”
Pegangan kiri dan kanan oleh anak anaknya direntap kuat sehingga membuatkan kedua lelaki ini terkebelakang. Datuk Arman mencerlung ke arah Mikael yang berhadapan dengan dia sekali gus menyembunyikan susuk tubuh Humaira di belakangnya.
“ Lepaskan dia dan pergi dari sini, Arash. Kalau bukan sebab perempuan nie, Arash dan atuk Arash tak akan dapat malu macam ini! Uncle nak ajar dia secukupnya biar dia tahu macam mana langit tuh tinggi ke
rendah! ”“ Along kata sudah, SUDAHLAH PAPA! Nak ajar dia macam mana lagi?! ” lengan lelaki tua itu dicapai. Along melangkah lalu berhadapan dengan papanya.
“ Papa pukul dia teruk mana pun benda nie tak akan pernah selesai! Dan macam mana papa boleh terfikir bahwa Humaira yang rancang semua ini sedangkan dia tak tahu pun siapa cucu Tan Sri Borhan! ” Angah memandang ke arah abangnya lalu matanya beralih ke arah Humaira yang berada di belakang Mikael.
YOU ARE READING
0.1 | M I K A S Y A
Teen FictionMikasya | Kau, Mr Beku Aku. " Wajah ini, aku tak akan biarkan ia mampu untuk tarik perhatian King. " pisau lipat yang saiznya kecil dikeluarkan dari poketnya. " Tolong! Sakit! " jeritnya dengan penuh kuat. Namun jeritan itu menjadi sia sia tatkala...