TAK SEMPAT NAK MENTION SEORANG DEMI SEORANG. JADI DEKAT SINI, SHIE NAK UCAPKAN TERIMA KASIH BANYAK BANYAK PADA SEMUA YANG FOLLOW SHIE, FOLLOW CERITA INI DARI DULU SAMPAI SEKARANG, DAN YANG TAK PUTUS PUTUS MASUKKAN CERITA INI DALAM RL KORANG 🌸💞💞💞
PLEASE TAKE CARE AND JAGA KESELAMATAN KORANG WALAU DI MANA JUA KORANG BERADA. SEMOGA SIHAT SELALU! ♥
biar lena aku,
bermimpikan bahagiaMIKAEL | HUMAIRA
Suasana malam kian menjelma. Bilik yang dipenghuni oleh mereka berdua sahaja bergema dengan bunyi pukulan, tumbukan, dan tengkingan daripada sebuah video di telefon pintar milik Mikael.
Mikael hanya mendiamkan diri, membiarkan Humaira bersandar pada dadanya sambil memegang telefon pintar milik dia. Dua jari kanan yang mengepit sebatang rokok dibawa ke bibir lalu disedut perlahan. Lalu asap putih dihembus apabila kepalanya sedikit menoleh ke kiri.
DUM!
“Argh! Sakit! Sakit!” Terlepas cengkaman pada kolar baju apabila sebelah tangannya menghempas kamera nikon hitam ke wajah pelajar lelaki tersebut. Kamera tersebut jatuh terpelanting ke lantai, berderai dan beberapa bahagian sudah pecah.
Kekuatan tahap maksima, di saat dia sedar bahawa kemarahannya sudah berada di luar kawalan. Mikael tersengih sebelum dia tunduk mencangkung, lantas menarik rambut pelajar lelaki tersebut.
“Sakit yang kau rasa tak akan mampu untuk padamkan rasa sakit hati aku... Bila kau hanya duduk diam, dan rakam semua benda yang perempuan tuh buat pada hak milik aku!”
Lantas, Mikael menghentak kuat kepala pelajar tersebut ke lantai. Mikael kembali bangun namun kaki kirinya berada di atas dada pelajar itu.
“Aku mintak maaf! Aku janji aku tak akan cari pasal lagi dengan engkau! Argh sakit lah sial!”
Lalu jeritan sekali lagi bergema apabila kaki Mikael bertindak untuk menyepak dagunya ke atas.
Dan seraya itu, telefon pintar milik Mikael jatuh ke riba!
Mikael hanya mempamerkan senyuman senget. Dia melihat sekilas telefon pintar itu lalu dia menoleh ke kanan, dan melenyekkan rokok yang sudah habis ke extray miliknya. Tangan yang berada di atas bahu Humaira sejak tadi, kini perlahan naik dan mengusap ubun ubun Humaira.
“Jadi sebab itu, mereka gelarkan aku raja. KING.” Bibirnya dekat pada telinga Humaira lalu dia menghembus nafasnya secara perlahan.
“Cukup sampai sini, aku tak nak buat kau takut.” Mikael bersuara lagi. Tak sampai hati untuk biarkan video itu terus terpasang sedangkan dia nampak Humaira sudah mengigil sejak awal video itu.
Telefon itu diambil lalu diletakkan pada meja disisinya. Dia membetulkan kedudukannya sebelum menarik rapat Humaira ke arah dada. Haruman pada rambut Humaira menusuki rongga hidungnya dan sesekali matanya terpejam menikmati wangian ini.
“Hu... Humaira tak tahu nak cakap apa. Humaira takut... ” dari hanya bersandar, Humaira mengubah posisi. Dia mengiring ke kanan, dan wajahnya betul betul di hadapan Mikael.
YOU ARE READING
0.1 | M I K A S Y A
Teen FictionMikasya | Kau, Mr Beku Aku. " Wajah ini, aku tak akan biarkan ia mampu untuk tarik perhatian King. " pisau lipat yang saiznya kecil dikeluarkan dari poketnya. " Tolong! Sakit! " jeritnya dengan penuh kuat. Namun jeritan itu menjadi sia sia tatkala...