biar lena aku
bermimpikan bahagia." Erti sesebuah kebahagiaan dalam satu hubungan kekeluarga itu bermula dengan ahlinya itu sendiri. Yang masing masing tahu akan tanggungjawab masing masing. Di mana setiap ahli keluarga itu berusaha untuk mewujudkan keharmonian walaupun usahanya adalah sedikit sahaja. Si bapa yang menjadi segala ketua yang bukanlah garang dan tegas sifatnya semata mata, tetapi lebih berjiwa sebagai seorang pemimpin yang berkaliber untuk anak didiknya sendiri. Dimana seorang ibu yang menggalas tanggungjawab menjadi tunggak utama untuk mengerakkan ke arah mana perginya sebuah institusi keluarganya itu. Dan sebagai kakak mahupun abang, diberikan kepercayaan dan amanah untuk menjadi memegang tanggungjawab menjadi sebuah teladan yang baik buat adik adik mereka. "
Kerana kebahagiaan itu perlu di cari, dan bukan untuk di nantikan sebegitu sahaja..
_______________________________________________________________________
KARNA dia mengerti, bahawa tak akan sesiapa yang boleh menebak segala apa yang dia pendamkan selama ini.
" Tapi sampai bila? "
Pelukan yang kemas direnggangkan sedikit. Kepalanya naik melihat wajah pembantu rumhanya, Mak Leha yang sudah dianggap sebagai ibunya sendiri.
" Sampai bila mereka akan terus melayani Humairah sebegini rupa?" Tangannya mengesat air mata yang jatuh bercucuran itu. " Apa dosa Humaira pada mereka
semua, Mak Leha? "Wajah tua Mak Leha yang hampir berkedut kerana dimamah usia ini hanya mengukirkan senyuman yang hambar. Tangannya menepuk belakang badan Humaira yang sedang memeluk dirinya ini. Bukan dia tak tahu apa yang sedang anak gadis ini alami, bahkan dia sendiri yang menjadi saksi atas segala pelakuan para majikannya ke atas gadis yang tidak berdosa ini. Terkadang Mak Leha turut terfikir, apa sebenarnya yang mereka tidak puas hati pada gadis ini?
Kerana gadis ini pernah dilahirkan sebagai anak gadis yang cacat pemikirannya sewaktu dahulu? Atau sebenarnya dia masih lagi diaggap sebagai penyalah utama kematian anak ketiga di dalam rumah ini?
" Humaira...." Panggilnya perlahan. Dia mengusap lembut rambut anak gadis yang cantik menawan ini. Humaira tidak membalas, lebih kepada mengogoi tangisannya ini. Namun dia tahu bahawa anak gadis itu mendengarinya.
" Allah swt tak akan pernah membebani hamba hambanya, melainkan hamba hambanya itu boleh melalui apa yang dia kurniakan ini. "
" Tapi Humaira.. Tak mampu lagi nak lalui semua ini, Mak Leha. " Wajah tua itu tersenyum tatkala mendengar balasan daripada anak gadis ini.
" Humaira mampu.. " Tangannya menekup kedua pipi Humaira. " Sebab Allah tahu yang Humaira mampulah, dia berikan kamu ujian tak mungkin semua orang pernah laluinya.. Kamu tahu kenapa Dia uji kamu macam ini? "
" Sebab Dia sayangkan kamu.. " Lalu tangan tuanya itu mengelap bekas air mata yang mengalir tadi.
" Sebab tak akan ada sesiapa yang akan sayangkan kamu lebih daripada sayangkan Allah pada kamu, Humaira..."
Lalu gadis itu kembali dirangkul ke dalam pelukannya dan menjadi ubun ubun gadis tempat berlabuhnya bibirnya ini.
" Kerana yang paling adil di muka bumi ini hanyalah Dia, Allah swt. Dan yang paling berkuasa dan berkehendak adalah Dia, Yang Maha Berkuasa dan lagi Maha Mengetahui. Percayakan dia, kerana Dia pasti ada perancangan yang terbaik untuk kamu. "
YOU ARE READING
0.1 | M I K A S Y A
Teen FictionMikasya | Kau, Mr Beku Aku. " Wajah ini, aku tak akan biarkan ia mampu untuk tarik perhatian King. " pisau lipat yang saiznya kecil dikeluarkan dari poketnya. " Tolong! Sakit! " jeritnya dengan penuh kuat. Namun jeritan itu menjadi sia sia tatkala...