l i m a b e l a s

18.4K 1.1K 103
                                    
























Biar lena aku,
Bermimpikan bahagia.























KACA MATA bulat berwarna hitam elok tersadai di tepi peha kanan Humaira. Kaki Mikael menendang kaca mata itu tatkala melihat gadis kecil yang sedang gelisah menggerakkan tangan kiri dan kanannya meraba raba kawasan lantai. Mikael menikmati sahaja tingkah laku Humaira tanpa mengeluarkan sebarang suara.

Ter.. Terima kasih senior. pandangan yang kian kabur dan gelap terus menjadi cerah apabila kaca mata itu disuakan di celah batang hidungnya. Dia mendongak ke atas, melihat lelaki yang baru membantunya sebentar tadi.

Lalu kepala itu terus jatuh menunduk. Humaira kenal siapa sebenarnya gerangan lelaki yang berada di hadapannya ini. Kedua jari jemari dimainkan sesama sendiri apabila dia sedar bahwa senior itu kelihatan sedang merenung dirinya.

Perempuan bodoh. Mikael berdecit. Dia mengelengkan kepala lantas senyuman senget terbit di celahan bibir merahnya.

Terima kasih engkau tak cukup untuk buat aku lupa dengan kejadian yang memalukan tempoh hari. dan Humaira sedar bahawa renungan itu semakin tajam berselangkan dengan suaranya yang keras dan dingin.

Humaira mengigit bibirnya.

Make sure jangan pernah tayang muka hodoh engkau itu di hadapan aku atau kau tahu lah nasib malang kau nanti.

Tidak berani untuk Humaira mendongak dan membalas renungan itu. Kepalanya semakin menunduk.

Prince Charming tak akan muncul untuk angkat kau bangun dari situ. sinis dia menuturkan kata. Jadi jangan nak berangan sebab tak akan wujud istilah itu dalam hidup engkau sampai
mati.

Prak.

Terasa hatinya dibelah dengan sebilah pisau atau mungkin kapak yang tajam matanya.

Lelaki ini kenapa terlihat seperti terlalu kejam?

Tidak padan dengan wajah dan penampilan yang cukup menarik dan maskulin. Namun setiap patah kata yang keluar dari bibir merah itu bagaikan panah yang mampu menusuk sekeping hati yang tidak berdosa.

Cukup tajam dan menyakitkan.

Arkh.. Argh... tanpa sengaja Humaira meringis kesakitan. Pantas tangan kanannya memegang bahagian buku lali yang sedia maklum sedang bengkak dan terseliuh.

Humaira terlupa. Gara gara ditolak oleh sekumpulan lelaki tadi. Kaki kanannya yang sedia terseliuh kini semakin menjadi teruk. Seluar sukan berwarna hitam berlajur kuning disingkatkan sedikit dan kelihatan warna biru kehitaman menghiasi kawasan buku lalinya.

Dia semakin mengigit bibir.

Dia cuba untuk bangkit namun semua itu hanyalah sia sia sahaja. Humaira kembali terjatuh dan kali ini jeritan tanpa sengaja keluar dari mulutnya.

Berhenti menangis lah perempuan. Muka dah lah hodoh, otak tak pandai. Suara lagi lah tak sedap. Jangan bagi aku lihat semua kehodohan engkau boleh tak? itu marah, atau sekadar perlian? Bisiknya di dalam hati.

0.1 | M I K A S Y A Where stories live. Discover now