THANKYOU FOR YOUR VOTE + COMMENT DALAM CHAP YANG LEPAS! TAPI SERIOUSLY TAK SEMPAT SANGAT SANGAT NAK REPLY SEMUA COMMENT KORANG. JANGAN MARAH TAU :)
RAMAI SANGAT YANG TAK SUKA DENGAN SIKAP KEJAM PAK MIKAEL KITA NIE PADA HUMAIRA. AS I SAID, MIKAEL BUKAN JENIS YANG BAIK + LEMBUT. DIA SOMETHING LIKE RUTHLESS, ADA MASA DIA BAIK, ADA MASA DIA JAHAT.
THANKYOU FOR THOSE WHO READ CHAP 39 OF MIKASYA! 💖
HAPPY WEEKEND!
--------
| Biar lena aku
Bermimpikan bahagia |Masih ingat lagi dengan seseorang yang di beri nama sebagai Herman?
Sebagaimana yang pernah kita semua tahu dulu, sehingga kini dia masih lagi menjalani hukuman ' pengurungan ' yang di lakukan oleh mamanya sendiri. Setelah dua minggu dia terpaksa hidup berkurung di rumah, akhir akhir ini dia seolah mendapat satu nafas yang baru di mana — dia sangat sibuk dengan latihan sukannya yang sangat penting sehingga diberikan kelonggaran untuknya keluar sehingga waktu malam.
Tapi bagi lelaki tua seperti Tuk Abah, Tan Sri Borhan, dia tidak mengambil mudah perihal cucu tirinya walaupun dia jelas dengan segala aktiviti yang Herman lakukan sepanjang hari—melalui beberapa orang yang sudah siap sedia diupahnya tempoh hari.
Dan kini, Tan Sri Borhan sedang bersandar lalu menunduk dalam keadaan dia sendiri khusyuk melihat satu rakaman yang sedang ditayangkan pada ipad miliknya.
Tan Sri Borhan tersenyum sinis. Dia mungkin tak tahu apa yang Herman buat di rumah milik keluarga Humaira, tetapi yang pasti dia dapat merasakan akan ada sesuatu yang bakal terjadi nanti. Lagi pula, beberapa bulan yang lepas dia sudah mendapat segala info mengenai seorang gadis yang bernama Nur Qistina—kakak Humaira, yakni seorang gadis yang sangat rapat dengan cucu tirinya.
Ipad miliknya dimatikan sekali gus dia mula memberi arahan pada pemandu peribadinya. Kot yang tersarung pada badan dibetulkan beberapa kali sebelum dia melepaskan sebuah keluhan.
Antara Herman, Mikael dan juga anak lelakinya sendiri—ketiga tiga antara mereka mempunyai perwatakkan dan sikap mereka yang tersendiri.
Sikap yang membuatkan dia terkenang dirinya sewaktu zaman kegemilangan dahulu.
HERMAN | QISTINA,
“ Aku boleh buat apa sahaja untuk kau. Asalkan kau boleh bukak mata kau untuk nampak kewujudan aku. ”
Herman dengan sikap obsesinya berpisah tiada.
Berada dalam kereta miliknya bersama sebatang rokok yang masih bernyala—bebola matanya tajam merenung ke arah bilik Qistina yang ditutup dengan langsir. Sesekala, angin dari luar yang bertiup telah membuatkan langsir itu bergerak gerak.
Tanpa menghabiskan batang rokok yang masih berbaki separuh, Herman terus membuang rokok itu pada longkang yang kebetulan berada di sebelahnya. Kini, dia sedang berada di belakang rumah milik gadis itu, satu kawasan rahsia yang selalu menjadi detik pertemuan antara mereka berdua.
YOU ARE READING
0.1 | M I K A S Y A
Teen FictionMikasya | Kau, Mr Beku Aku. " Wajah ini, aku tak akan biarkan ia mampu untuk tarik perhatian King. " pisau lipat yang saiznya kecil dikeluarkan dari poketnya. " Tolong! Sakit! " jeritnya dengan penuh kuat. Namun jeritan itu menjadi sia sia tatkala...