Hai, assalamualaikum ♥
Korang okay ke tu? Dah bukak puasa kan, mestilah okay hihi! Ini adalah slot review pertama yang Shie akan buat khas untuk pembaca Mikasya sahaja! Jadi, kalau korang ada buat cerita dan nak saya reviewkan, boleh pergi dekat chap 34 tau ♥Memandangkan ini adalah review yang pertama, jadi, Shie nak mintak maaf sangat sangat kalau ada kekurangan dalam kesalahan sepanjang Shie review cerita
awak :)S L O T R E V I E W (1) :
Calling for sweetie slwmin
P E S A N A N T E R A K H I R
Bilangan Bab : 2 Bab termasuk prolog
——hasil nukilan slwmin
Cover awak cantik! Shie suka sangat tengok cover yang kemas dan tak terlalu padat ♥ Awak buat sendiri ke?
Untuk diskripsi awak pulak, sangat pendek dan ringkas. Terlalu simple tapi seakan membawa satu maksud yang dalam. Shie tak tahu kenapa, tapi Shie sukakan penulisan awak bermula daripada diskripsi awak nie!Jadi, jangan kecewakan Shie tau! Teruskan cara penulisan awak nie ♥
P E S A N A N T E R A K H I R K U —— Tanggapan pertama bila Shie baca tentang tajuk awak, Shie anggap ia sebagai satu lafaz kata terakhir daripada seseorang. Atau, daripada diri Shie sendiri. Satu lafaz kata yang mungkin akan mempengaruhi dan memberi kesan dalam kehidupan seseorang. Sebab boleh jadi, kata kata itulah yang menjadi ucapan terakhir yang tak akan pernah kita dengarkan lagi. Terkadang, Shie takut kalau ada orang buat macam nie pada Shie.
Bila mana dia kata... “Dengar baik baik, mana tahu ini kata kata terakhir daripada aku...” Ya Allah, kalau lah Shie dapat lafaz yang macam nie, Shie dah tergamam, jadi kaku dan tak tahu nak buat. Sebab Shie tahu, kata kata tu akan beri satu impak yang besar buat diri Shie sendiri.
Berbalik pada tajuk awak, pilihan tajuk yang sangat tepat dan bernas! Walaupun cerita awak nie baru saja mula dan masih tak nampak lagi rentak jalan ceritanya, tapi bagi Shie —— penggunaan tajuk awak nie seakan dah menggambarkan serba sedikit jalan cerita awak.
Apa mungkin, si heroin dalam cerita ini akan pergi meninggalkan heronya? Atau si hero akan lukai hati si heroin lalu meninggalkan pesanan terakhir? Jawapannya cuma ada pada awak jee, author!
Buat pertama kalinya, diskripsi awak yang sangat pendek nie berjaya buatkan hati saya jadi berdebar debar dan rasa nak tahu apa yang ada dalam isi cerita awak nie —— mendadak naik! Tahniah awak, sebab berjaya buat Shie rasa macam nie. Jadi, jangan kecewakan saya tau ♥ Cuma apa yang boleh saya kata, kalau boleh perbaiki dan panjangkan lagi blurb awak yaa. Sebab blurb atau diskripsi ni adalah salah satu point yang penting —— untuk tarik minat reader ♥
Awak tak perlu guna ayat yang panjang berjela, gunakan ayat yang ringkas dan ceritakan serba sedikit apa yang jadi dalam cerita awak —— pada blurb awak tuh!
Shie nak tanya, dalam cerita nie pakaian seragam diorang cantik dan nampak exklusif! Sekolah private ke awak? Sebab dari tag nama, pakaiannya, tak nampak macam sekolah biasa.
Scene yang Shie suka dalam cerita ini bila mana ada seorang perempuan (lupa nama, hehe maaf!) dia selamatkan rakan lelakinya daripada terus menerus dikerjakan oleh beberapa orang pelajar lelaki. Shie suka watak dia yang kuat dan mampu untuk tumbangkan semua pelajar yang jahat tuh seorang diri!
Ada lagi satu, tak silap Shie diorang nie semua ada jawatan yang tinggi dalam sekolah, jadi padanlah kalau diorang jenis yang nampak berpengaruh dah ditakuti! Kuat pun iyaa jugak, kalau tidak mesti perempuan tuh tak berani nak selamatkan kawan dia.
Kalau dalam cerita Mikasya, Qistina dan rakan rakannya jadi pembuli dekat sekolah —— dalam cerita pesanan terakhirku pun ada jugak tau! Latest part yang memang Shie suka gila gila bila heroin dan rakan rakan dia datang selamatkan tiga orang gadis yang dibuli oleh seorang perempuan. Perempuan nie arahkan beberapa orang lelaki untuk cabul tiga orang mangsa nie!
Fuhh, Shie suka gila bahagian nie! Heroin tak takut langsung bila berhadapan dengan lelaki lelaki yang hampir sahaja nak rogol mangsa mangsanya!
Bergenre romance yang boleh tarik perhatian dan minat korang. Walaupun hanya ada 2 bab sahaja, tapi Shie tahu ada sesuatu yang menarik dalam cerita ini! Nak kata romance sangat, Shie rasa mungkin tak! Shie teka mungkin author nak bawak genre sad romance kot sebab pengenalan dia pun nampak macam sedih dan menyakitkan. Di mana ada seseorang yang dilukai, dan seseorang yang melukai!
Siapa yang melukai, dan siapa yang terluka? Haa, korang kena tunggu author nie update bab yang seterusnya sampailah ke penamatnya! Baru korang dapat genggam jawapan di sebalik semua persoalan ini.
A L L E R T! Shie nampak author tag mature content tau dekat cerita dia.
D E D I C A T E D —— Shie tak kenal awak, tapi Shie boleh rasa yang awak nie adalah seorang manusia yang baik dan peramah. Bersikap humble dan sopan sebab cara awak balas comment Shie pun halus je, baik jee. Jadi, teruskan tau dengan sikap macam nie! Kalau dekat ruangan comment pulak, Shie nampak awak balas hampir semua comments dari pembaca awak. Jadi, Shie simpulkan awak seorang yang baik dan peramah! ♥ Terima kasih yaa sebab sudi baca cerita Mikasya, Shie harap awak sentiasa enjoy dengan setiap penulisan Shie.
P E N U L I S A N —— Bahagian diskripsi awak, kalau boleh betulkan kedudukan tanda baca yaa. Rapatkan tanda baca noktah dan koma. Jangan jarakkan tau. Sebenarnya, tak ada apa sangat yang perlu ditegur sebab cara awak menulis sangat sangat baik! Daripada blurb sampai bab dua Shie belum nampak lagi kesalahan dan kecacatan pada penulisan awak.
Ya Allah, Shie kagum betul dengan cara penulisan awak. Awak tak perlukan penulisan yang panjang berjela macam Shie, cukup dengan ayat ayat yang ringkas dan pendek —— awak mampu untuk sampaikan cerita awak dengan baik!
Dalam scene bergaduh, awak tak ada masalah untuk menghuraikan setiap tindakan yang heroin buat. Dia berlari, dia menendang—— awak sampaikan dengan baik dan terperinci. Bila Shie baca, Shie dah terbayang satu persatu apa yang berlaku waktu tengah itu. Shie boleh bayangkan macam mana tindak tanduk si heroin ketika dia tengah selamatkan pelajar lelaki tu.
Penulisan yang kemas dan baik! Tahniah awak, atas skill penulisan yang bagus ini ♥ Tapi banyak juga dialog yang awak kena perbaiki dari segi kedudukan tanda baca. Sebab shie nampak, banyak yang awak jarakkan. Sepatutnya tak payah jarak tau.
U C A P A N —— Khas untuk awak seorang, Shie harap agar awak dapat kekalkan penulisan awak nie. Jangan mudah putus asa dan terus usaha untuk memperbaiki cerita awak dari masa ke semasa yaa. Jangan risau, bakat tu dah ada tapi kalau awak asah dan gilap ia tak mustahil awak boleh jadi penulis yang berjaya satu hari nanti. Tak berjaya dekat luar pun tak apa, asalkan di sini awak berjaya untuk naikkan nama dan cerita awak! ♥
Terima kasih sebab request review daripada Shie. Shie harap awak berpuas hati dengan apa yang Shie bagitahu nie. Maaf atas segala kekurangan dan kesalahan dalam review ini :)
RATE : 8/10 Bintang 🌟
YOU ARE READING
0.1 | M I K A S Y A
Teen FictionMikasya | Kau, Mr Beku Aku. " Wajah ini, aku tak akan biarkan ia mampu untuk tarik perhatian King. " pisau lipat yang saiznya kecil dikeluarkan dari poketnya. " Tolong! Sakit! " jeritnya dengan penuh kuat. Namun jeritan itu menjadi sia sia tatkala...