d u a t u j u h

18.3K 1K 80
                                    

biar lena aku
bermimpikan bahagia















Few days back before Mikael and Qistina pov,

NURIN | SHAFIQ

So I thought, orang macam engkau nie taklah sejahat mana kan?

Badannya terkaku. Bagi menutup segala rasa yang ada di hatinya, dia tidak berhenti mengelus seekor anak kucing yang berada di pangkuannya.

Kau buat apa dekat sini?

Syafiq tersengih. Dia bermain main dengan janggut yang sedikit tumbuh di bawah dagu. Mengerling ke arah satu polistren yang berisi sisa sisa tulang ikan berserta satu bekas kecil berisi air.

Rooftop. Port aku dan King. perlahan dia membalas lalu berjalan ke arah palang. Dia menyandarkan belakang badannya lalu menatap tajam ke arah rakan sekutu Qistina.

Jadi engkau... Apa tujuan engkau ke sini?

Nurin berdecit. Dia tahu adalah satu kesalahan kerana memijakkan kaki pada kawasan mereka tanpa meminta izin, tetapi dek kerana ego seorang perempuan dia tidak mahu memberikan apa apa reaksi.

Seperti Syafiq, wajah yang kosong dan datar dipamerkan. Buta?
anak kucing diangkat lalu polistren yang sudah tidak digunakan disepak dengan sebelah kaki.

Mereka membalas pandangan sehingga lah satu tika di mana Syafiq mencetuskan ketawa kecil. Dia meraupkan rambutnya ke belakang, dan mula membelakangi Nurin. Vape yang di simpan dalam poket seluar diambil lalu disua ke mulut.

Berani juga kau ke sini. Buatnya King yang jumpa kau, dan bukannya aku... Kau berani nak jawab dengan dia?

Aku tak buat apa apa salah. Nurin terus menerus membelai anak kucing ini. Lagipun anak kucing nie nyaris nak jatuh dari dinding sana.

Kening Syafiq terjongket sebelah.
Orang yang selalu buat jahat nie tak semestinya tak ada kebaikan dalam diri dia. Dan orang yang selalu buat baik, tak semestinya tak ada buat jahat. dia berpaling lalu menghembus asap putih itu ke langit. Kan?

Aku dah penat buat jahat. kata Nurin. Langsung tidak mahu memandang Syafiq. Bukan kerana takut, tapi dia malas untuk bertentang mata.

Sedangkan mata Syafiq itu lah tatapan tajam yang dia terima sewaktu dia kafetaria tempoh hari.

Aku dah penat nak ikut telunjuk orang. dia bangun sebelum meletakkan kucing itu di bawah. Lalu kakinya melangkah ke arah palang, tidak jauh di sisi Syafiq. Aku penat nak terus menerus menjadi jahat. Sebab walau macam mana pun benda jahat yang aku buat, tetap tak akan mampu menghapuskan perasaan empati dalam hidup aku.

Syafiq mengukirkan senyuman. Sisi wajah Nurin ditatap dengan renungan yang dia sendiri tidak mampu untuk menafsir. Mata yang sedang terpejam itu dipandang lama.  Salah satu tarikan yang sememangnya dia gemari dari gadis itu.

0.1 | M I K A S Y A Where stories live. Discover now