d u a e m p a t

16.3K 1.1K 110
                                    




biar lena aku
bermimpikan bahagia.






ARASH MIKAEL.






Ting!

Ting!

Ting!

Detingan bunyi notifikasi daripada telefon pintar miliknya berbunyi secara serentak dan tidak henti henti. Dia yang usai sahaja selesai membentangkan kertas kerja di hadapan seluruh ketua pada semua jabatan, sedikit mendengus kegeraman.

Marker hitam ditutup dan diletakkan pada tempatnya. Daripada berdiri, dia mula melangkah setapak dua ke arah meja mesyuarat yang memuatkan lebih daripada sepuluh orang. Lidahnya ditolak ke tulang pipi dan wajahnya mendatar.

Ada apa apa soalan lagi? Kalau tak ada, kita boleh bersurai sekarang. Saya harap semua yang ada dalam mini mesyuarat ini boleh berikan komitmen masing masing dengan baik. Apa apa soalan atau cadangan boleh terus berjumpa dengan setiausaha saya. nadannya perlahan tapi suara dia yang cukup lantang mampu bergema di seluruh bilik mesyuarat.

Dengan selamba, dia duduk di atas meja itu dengan sebelah kakinya dilipatkan manakala sebelah kaki bahagian kiri terjuntai ke bawah. Bunyi detingan mesej yang cukup kuat dan menarik perhatian rata pekerja di dalam bilik ini hanya dipandang sepi. Kemeja berkolar dan berlengan panjang dikemaskan lalu dia mula melipat bahagian lengan hingga ke siku.

Apa apa lagi ke tuan?

Arash Mikael mendongak sambil tangannya lincah melipat bahagian lengan. Senyuman dilayangkan sebentar lalu wajah dia kembali berubah menjadi beku dan datar.

Aku cuma nak ingatkan kau yang seminggu dua ini aku tak akan ada dekat pejabat. Aku uruskan hal sekolah aku. Jadi, aku serahkan semuanya pada kau. Kalau ada masalah atau hal penting sekali pun tentang hotel ini, aku nak kau terus inform pada aku. ucapan berbaur arahan disemat kemas pada lelaki yang agak berusia lewat 20an itu. Dia hanya mengangguk faham lalu meminta untuk beredar dari situ.

Mikael melepaskan keluhan.

Lalu dia bangun dan mendekati jendela kaca yang besar yang memaparkan hiruk pikuk keadaan bandar yang dipenuhi dengan kenderaan dan orang ramai yang berjalan lalu dan lalang. Cahaya matahari yang tegak berdiri di atas kepala membuatkan sisi rambutnya mula mengeluarkan setitik dua air peluh. Bahang yang terasa langsung tidak menggangu dirinya yang asyik menikmati suasana yang menjadi tatapan mata.

Mata yang celik dipejam buat seketika. Masih lagi tersisa saki baki perasaan geram dan berang kerana telah mood kerjanya telah diganggu dek bunyi pesanan dari telefon miliknya sendiri.

Mikael menoleh ke belakang tepat ke atas sebuah telefon pintar yang diletakkan bersebelahan dengan beberapa buah fail. Masih lagi bercahaya dan mengeluarkan bunyi pesanan secara berterusan tanpa henti.

Jeda seketika..

Nafasnya ditarik dan dihembus lemah. Telefon bimbit dicapai dan dia memadam beberapa pesanan yang tidak penting ketika ini sehingga jarinya berhenti pada satu notifikasi.

0.1 | M I K A S Y A Where stories live. Discover now