Loves to read all your comments. And for those yang follow account saya, a big hug and kisses from me to all of you. Thank you so much ♥And today chapter, will be fully about their family.
biar lena aku,
bermimpikan bahagia.“ Tuan Muda. ”
SAPAAN daripada pengawal keselamatan rumah. Arash Mikael menundukkan sedikit kepalanya. Motorsikal berkuasa tingginya ditongkatkan di sisi beberapa kenderaan mewah yang besar. Sejurus dia menghantar Humaira pulang ke rumah, dia telah menerima pesanan daripada pembantu peribadi papanya. Mata dia dijeling berulang kali tanda tidak berapa suka dengan pesanan itu.
Namun, kalau bukan kerana arahan yang turut diberikan atuknya, mana mungkin dia mahu menjejakkan kaki ke rumah ini lagi.
Sebuah rumah agam yang besar menjamah pemandangan matanya. Mikael mendongak lalu merakam setiap inci rumah yang tak pernah berubah malah semakin cantik berkilat semenjak papanya membuat keputusan untuk bernikah dengan seorang wanita janda yang mempunyai dua orang anak.
Teringat akan hal itu, bibirnya terjungkit senget. Bukan dia tak suka dengan wanita yang sudah bergelar mama tiri dia, cuma dia malas untuk masuk campur dan mempunyai apa apa sekali pun kaitan dengan mereka. Sejak papa membuat keputusan untuk bernikah lagi, dia mula keluar dari rumah agam ini dan belajar berdikari.
Bahkan kehadiran dua orang adik tirinya lagi membuatkan dia terasa malas menghadapi segala karenah mereka.
“ Tuan Muda Arash. ” pembantu peribadi papanya, menyambut dirinya di sisi gerbang pintu yang cantik berkilat. Mikael menganggukkan kepala seraya melangkah masuk.
Figura mama tiri berserta dua orang adik tiri dia menghiasi ruang tamu yang besar itu.
“ Aku fikir kau dah lupa jalan balik. ” sinis bicara dipanahkan terus kepada Mikael. Dengan riak wajah yang kosong dan beku, Mikael hanya sekadar memandang.
“ Apa kamu ini Herman? Abang kamu dah balik, kamu sepatutnya sambut dia baik baik. Bukannya cakap macam itu! ” dipulas sedikit kulit lengan adik tiri Mikael. Datin Harnina lantas bangun lalu menerpa ke arah Mikael.
“ Duduk dulu Arash. Hari nie mama ada masakkan lauk kegemaran kita semua. Lepas perbincangan ini boleh lah Arash makan sekali. Arash tidur sini tak hari ini? ” bibirnya menjungkit senyuman sinis. Pautan mama pada lengan kiri dia dileraikan perlahan.
“ Aku tak nak buang masa lama lama dekat sini. ” dia memandang adik tiri perempuannya, yang tersenyum senyum melihatnya.
“ Lagi lagi dengan engkau, perempuan. Lebih baik engkau berhenti tersenyum macam itu. Sebab aku sendiri jijik nak tengok muka engkau. ”
Lantas senyuman gadis itu mati.
Mikael tersenyum kejahatan. Gemar melihat mimik muka sebegitu. Dengan sekali pandang, dia boleh saja tebak apa yang berada di dalam hati adik tiri perempuannya.
YOU ARE READING
0.1 | M I K A S Y A
Teen FictionMikasya | Kau, Mr Beku Aku. " Wajah ini, aku tak akan biarkan ia mampu untuk tarik perhatian King. " pisau lipat yang saiznya kecil dikeluarkan dari poketnya. " Tolong! Sakit! " jeritnya dengan penuh kuat. Namun jeritan itu menjadi sia sia tatkala...