Biar lena aku
Bermimpikan bahagia➖♦➖ ➖♦➖ ➖♦➖
Mikasya series pertama -
Mikasya | Kau, Mr Beku Aku.Status semasa -
on going | editing ( new plot )Arash Mikael x Qisya Humaira
➖♦➖ ➖♦➖ ➖♦➖
Mempunyai jalan cerita yang agar berterabur ( tiada kena mengena antara hidup dan mati) , penggunaan tatabahasa yang tidak tepat, mengandungi bahasa bahasa dan panggilan yang kasar serta pelbagai scene yang tidak elok untuk diikuti bahkan kesalahan ejaan yang sentiasa ada di mana mana jua.
➖♦➖ ➖♦➖ ➖♦➖
All right reserved
Hak milik terpelihara
© sepenuhnya kepada Nrlhqifa | AkakshiKisah cinta mereka, bermula atas landasan dendam. Namun kuasa cinta, membataskan segala. Tangan yang ingin menghancur, menjadi kaku. Lalu dihulur dengan jadi sebagai pelindung. Hati yang rapuh, begitu mudah termakan dengan janji manis dan pujukan.
Huluran itu diterima. Lalu menghancurkan segala. Hidup dalam penipuan dan topeng sang lelaki.
Dan cinta, menjadi alasan untuk dia kuat.
•••
••
•
“ Kakak. Tolonglah, humaira merayu.. Jangan buat humaira seperti ini. ” rayuan itu bagaikan angin lalu. Pipi kanannya ditampar kuat lalu dia ditolak ke singki tandas. Kedua tangannya dipegang rakan kakaknya.
“ Listen. ” pipinya dicengkam.
“ Kau bukan siapa siapa untuk merayu belas kasihan dengan aku. Dan sampai mati, aku tak akan biarkan hidup kau aman. ” senyuman kejahatan menghiasi pada wajah Qistina.
Lantas, baju sekolah Humaira dicarik carik menjadi cebisan kecil. Wajah Humaira yang cantik dan putih ditatap tajam.
“ Wajah ini, aku tak akan biarkan ia mampu untuk tarik perhatian King. ” pisau lipat yang saiznya kecil dikeluarkan dari poketnya.
“ Tolong! Sakit! ” jeritnya dengan penuh kuat. Namun jeritan itu menjadi sia sia tatkala mulutnya disumbatkan dengan sehelai kain.
•••
••
.
MAKANNYA pada waktu pagi itu menjadi terganggu. Mikael menghentak sudunya ke pinggan sebelum dia bersandar pada kerusi. Nafasnya naik dan turun apabila dia melihat beberapa ekor haiwan kecil yang melompat ke arah makannya.
Dengusan didengari. Dadanya terasa berombak. Rahangnya bergerak antara satu sama lain.
“ Benda bodoh apa yang kau cuba lakukan? ” soalannya tidak dijawab. Lalu secara perlahan demi perlahan, telingannya mendengar esakan kecil dari gadis itu.
“ se.. senior —— ” satu hentakan kuat pada meja makan itu.
“ Aku tanya benda bodoh apa yang kau tengah lakukan sekarang ini?! ” dia bangun dan tangan kanannya terus mencekak leher Humaira lalu disembamkan wajah gadis itu pada meja makannya.
Dan camera nikon ini sekali lagi diangkat bagi merakam segala galanya. Qistina memandang sesama sendiri dengan rakan rakannya. Mereka tersenyum sesama sendiri. Senyuman yang jelas mereka sahaja yang mengetahui.
•••
••
•
Lalu dari situ kisah cinta mereka bermula. Kisah yang terindah untuk Humaira. Namun topeng penipuan untuk Mikael.
Dia yang semakin menjadi rapuh ditarik dalam dakapan erat sang jejaka. Tangan jejaka yang bisa menghancurkan segala isinya dihulur. Bersama janji palsu yang ditaburinya.
“ Kenapa.. Kenapa memperlakukan saya seperti
ini? ” dia sudah tiada daya untuk meronta apatah lagi bergerak. Dia meringkuk di tepi dinding. Memeluk kedua kakinya yang jelas digari dengan rantai besi yang panjang.“ Dendam. Aku nak balas kembali apa yang abang kau dah buat pada kekasih aku. ” matanya menatap gadis itu dengan pandangan kosong.
“ Lalu kenapa nikahi saya? ” matanya itu kembali berair. Mikael terdiam melihat tatapan itu. Tatapan sayu yang dia lihat pada pertemuan pertama mereka.
“ Sebab kau hak aku. ” dia berjalan mendekati dinding. Humaira menjadi takut. Dia menghimpit lagi badannya ke dinding. Mata Mikael menatap kulit Humaira yang kemerahan, gara gara ulahnya tempoh hari.
“ Sebab sekali kau jadi milik aku, sampai mati aku tak akan lepaskan. ” bibirnya mencari dahi gadis itu. Lalu ciuman berlabuh di atasnya.
YOU ARE READING
0.1 | M I K A S Y A
Teen FictionMikasya | Kau, Mr Beku Aku. " Wajah ini, aku tak akan biarkan ia mampu untuk tarik perhatian King. " pisau lipat yang saiznya kecil dikeluarkan dari poketnya. " Tolong! Sakit! " jeritnya dengan penuh kuat. Namun jeritan itu menjadi sia sia tatkala...