SHIE TENGAH BOSAN. JADI JOM MAIN Q&A!
1) Seandainya korang sedang baca sebuah novel yang ada beratus-ratus muka surat. Anggaran berapa muka surat yang korang boleh habiskan dalam satu hari?
——Shie boleh habiskan almost half satu novel daripada pagi sampai malam. Tak mampu nak habiskan satu novel sebab shie ada banyak kerja nak buat 😅
2) Korang lebih suka baca novel, even a book bergendrekan apa?
——A romance novel of course! Tapi shie lebih gemarkan cerita yang berunsurkan dark romance, adventure, and thriller! Sometimes, shie suka baca buku yang ada qoutes, motivation words dan juga buku buku lain yang berunsurkan tarbiah!
3) Last but not least. Untuk Mikasya... Korang nak ending yang macam mana?
—I wish that i could buat satu ending yang mendebarkan dan tidak disangkakan oleh semua orang. I wosh that, tapi tak tahu lah mampu ke tak 😅
OKAY TUH JE! HARAP KORANG CUKUP SPORTING UNTUK LAYAN SOALAN SOALAN SHIE!
BTW, SHIE BELUM BAGITAHU LAGI SIAPA PEREMPUAN YANG SELALU DENGAN ADAM. TAPI KENAPA ADA DUA TIGA READERS YANG PANDAI TEKA NIE! ISH! MACAM MANA SHIE NAK BUAT PART YANG BOLEH BIAT KORANG TERKEJUT NIE? 😅😭😭
biar lena aku
bermimpikan bahagia.MIKAEL | HUMAIRA
“I've told you! Berapa kali kau nak aku ulang benda yang sama?”
Meja makan yang boleh memuatkan sehingga empat orang ini dihentak dengan kuat. Mata Mikael mencerlung ke arah Humaira yang sudah menunduk.
“Tak faham faham! Aku kata tak boleh, maksudnya tak boleh! Kau nak perempuan tuh belasah kau lagi ke?”
Jerkahnya lagi! Mendidih darahnya apabila terus menerus dipujuk untuk membawa gadis itu ke rumah keluarganya. Kalau ingin bertemu dengan pembantu rumah yang dia rapat, mungkin Mikael akan membenarkan. Tetapi, gadis itu berkeras mahu berjumpa dengan Qistina. Mana dia tak naik angin!
“Bila aku tengah cakap pandang aku! Bukan pandang bawah.” Mikael terus bersuara. Langsung tidak membenarkan Humaira membuka mulut walaupun sekali. Mata Mikael merenung tepat ke arah Humaira yang perlahan lahan mengangkat kepala.
“Tap...tapi...Dah sebulan kakak tak pergi sekolah. Hu...Humaira risau.”
Mikael diam membisu. Sebaliknya dia masih merenung Humaira yang sudah tidak senang duduk. Suasana yang agak tegang menambahkan ketakutan dalam diri Humaira sehingga penyakit gagapnya muncul semula. Tangan kanan Mikael beralih ke arah kanan, pada satu mangkuk yang berisi air. Dia mencuci tangannya lalu dilap pada kain kecil di sisi. Mood untuk makan terus mati malam ini.
“Kau nak risau apa pasal perempuan tuh haa? Dia bukan pergi mana mana pun, ada je dekat rumah tuh. Makan minum dia semua pembantu rumah yang sediakan. Kau nak risau apa lagi? Bukannya dia mati pun dalam rumah tuh! Cuma tak pergi sekolah je!” Mikael membebel lagi. Kini, dia sudah bersandar pada kerusinya. Kedua belah tangan memeluk tubuh.
YOU ARE READING
0.1 | M I K A S Y A
Teen FictionMikasya | Kau, Mr Beku Aku. " Wajah ini, aku tak akan biarkan ia mampu untuk tarik perhatian King. " pisau lipat yang saiznya kecil dikeluarkan dari poketnya. " Tolong! Sakit! " jeritnya dengan penuh kuat. Namun jeritan itu menjadi sia sia tatkala...