s e p u l u h

18.7K 1K 51
                                    




Biar lena aku,
Bermimpikan bahagia






















" Ya Allah! "


Humaira terkejut kerana tiba tiba sahaja dia ditolak ke bawah. Sikunya terhentak pada simen dan rasa sakit dan pedih datang secara perlahan. Dalam keadaan menunduk, Humaira melihat sepasang kasut berwarna hitam yang terikat kemas rebennya. Secara perlahan lahan sepasang kaki itu dibengkokkan supaya menyamai ketinggian mereka.

" Kakak.. " perlahan suaranya memanggil gerangan yang berada di hadapannya. Nur Qistina mempamerkan riak tegang. Terus dicengkam rahang adiknya ini dengan menggunakan tangan kanannya. Terasa kuku kuku tajam menikam kulit Humaira yang halus ini.

" Sampai mati, aku tak akan pernah anggap kau sebagai adik aku. " dia berbicara keras, kukunya yang tajam semakin menekan kulit yang putih itu.

" Bangun! " ujarnya dengan kuat. Dia mencengkam lengan Humaira dengan kuat dan memaksa gadis itu bangun secara kasar. Terhuyung hayang Humaira dibuatnya.

Nurin dan Sufia mengambil posisi masing masing. Qistina terus menolak kuat adiknya kepada mereka secara kasar. Tangan kiri dan kanan Humaira dicengkam oleh dua rakannya itu. Humaira dapat merasakan bahawa semua tatapan mata rakan rakan sekelasnya tertumpu ke arahnya sekarang ini.

" So I guess -- " dia menolak dagu Humaira supaya menatap matanya yang tajam ini. Perlahan sedikit bibirnya ditarik naik ke atas. Qistina mempamerkan senyuman senget.

" -- yang little flea semua orang ini dah ready. " terus sahaja ditepuk tepuk pipi kanan Humaira.

Cengkaman itu, terasa semakin ketat dan sedikit sebanyak menghadirkan kesakitan buat dirinya.





------------








Usai sahaja daripada kata kata itu, Humaira merasakan bahawa dirinya sudah tidak selamat. Jantungnya berdegup kencang, setitik dua peluh kecil mengalir dari dahinya. Humaira diseret dengan sangat kasar oleh Nurin dan Sufia lalu mereka membawanya keluar daripada kelas.

" Senior! Tolong saya! " Humaira menjerit kepada senior lelaki yang sedang memegang kamera hitam itu. Namun, hantar hilaian tawaan mereka yang bergema. Humaira meronta namun semakin kuat cengkaman pada lengan kirinya ini.

Hampir pelajar setiap kelas bersidai pada palang besi yang berada di hadapan kelas masing masing. Mereka melihat situasi ini dengan bersahaja tanpa mempunyai niat untuk membantu. Bagaikan melihat rancangan hiburan, mereka tertawa mengejek dan rata rata pelajar mengeluarkan telefon bimbit masing masing untuk merakam video.

" Tolonglah! Tolong jangan buat saya macam ini! " rayunya pada senior Nurin dan Sofia. Humaira semakin meronta ronta. Tangannya ditarik tarik. Namun sekilas itu badannya ditolak ke dinding dengan sangat kuat.

Pipinya ditampar kuat oleh Nurin, yang sememangnya tidak tahan dengan rontaan Humaira tadi.

" DIAM! " terus dicekik bahagian leher Humaira dan dia semakin menghimpit Humaira ke dinding.

0.1 | M I K A S Y A Where stories live. Discover now