Hai?
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua yang sedang membaca nota ini.Alhamdulillah, berita baik untuk semua. Mikasya akan ditamatkan sepenuhnya di sini, wattpad atas nama akaun saya sendiri ; akakshie.
Kerana telah berfikiran secara matang dan teliti belakangan waktu ini——disebabkan jadual kerja saya dan komitmen saya terhadap real life saya sehingga hujung tahun ini terlalu padat dan sibuk, jadi baru baru ini saya telah menyuarakan keputusan muktamad saya pada pihak penerbitan itu.
Saya tak mampu siapkan manuskrip sepenuhnya buat masa sekarang bahkan mungkin sampai awal tahun depan. Justeru kerana itu, saya meluahkan kata putus di mana saya terpaksa membatalkan keputusan saya untuk menerbitkan cerita ini. Agak sedih sebenarnya, tapi saya anggap ini bukan rezeki untuk saya sebab saya tahu saya tak akan mampu bahagikan masa saya sepenuhnya untuk fokus pada cerita Mikasya.
Lantaran itu, saya akan hiatus buat beberapa waktu mulai hari ini. InshaAllah bila ada kelapangan, saya akan teruskan update cerita ini hingga menemui penamatnya.
Rancangan saya untuk tahun 2021 nanti, saya akan hasilkan satu ebook——di mana ia merupakan manuskrip penuh Mikasya yang mungkin dapat saya siapkan dalam tempoh yang agak lama. Sekarang dah sampai bab 14, rasa sayang nak padam.
Yang pasti, isi kandungan dalam EBOOK ini ternyata lebih tersusun, menarik dan InshaAllah lebih realistik berbanding jalan cerita sekarang ini yang nampak macam merepek gila hahah.
Itu sahaja daripada saya, tahu yang korang pun malas nak baca panjang panjang.
Jumpa nanti bila saya dah comeback!
YOU ARE READING
0.1 | M I K A S Y A
Teen FictionMikasya | Kau, Mr Beku Aku. " Wajah ini, aku tak akan biarkan ia mampu untuk tarik perhatian King. " pisau lipat yang saiznya kecil dikeluarkan dari poketnya. " Tolong! Sakit! " jeritnya dengan penuh kuat. Namun jeritan itu menjadi sia sia tatkala...