e m p a t d u a

15.9K 868 73
                                    

ASSALAMUALAIKUM.
It's a long time ago since Shie hiatus untuk beberapa tempoh waktu yang agak panjang. Detik ini, Shie dah kembali ke sini dengan cara penulisan yang baru. Tapi walau bagaimana pun, Shie masih kekok sebab dah lama sangat tak menulis. Justeru itu, kalau korang nampak sebarang kesalahan atau ada perkataan perkataan yang salah dan tak kena, hehe korang tegur je tau!

Nak ingatkan korang sekali lagi, Mikasya ada 2 version tau. Version wattpad dan jugak version manuskrip (bakal jadikan ebook) yang tengah struggle gila saya buat sekarang ni.
Fighting! InshaAllah tahun depan baru siap. Dua version nie tak ada beza sangat pun, masih kekalkan jalan cerita dan watak yang sama cuma ada penambahkan dalam beberapa scene, dan juga saya hidupkan semua watak tak macam dalam versi wattpad ini.

Versi wattpad nie sebenarnya banyak part yang saya skip, jalan cerita pun tak berapa betul, rasa tak logik dan sebagainya. Jadi versi ebook nanti, korang akan nampak kelainan dari segi penyampaian jalan ceritanya. Tapi terpulang pada korang untuk beli atau tidak nanti. Saya tak paksa!

Okayy itu saja. Tak nak cakap banyak.

Korang nak sikit teaser Mikasya version ebook? Nak sikit teaser scene Herman dan Qistina? Nanti saya post dekat instagram!

Much love,
shie











“Ap...Apa yang kau cuba buat?”

Senyuman senget terbit pada lembaga hitam yang merupakan pantulan dirinya sendiri. Lembaga itu berdiri sambil memeluk tubuh, langsung tidak terganggu dengan pandangan tajam daripada Mikael.

“Sekali lagi aku tanya.” Tertahan tahan suara yang dia gunakan. Giginya diketap. Kepalanya menoleh ke kanan melihat satu figura yang berdiri tidak jauh darinya. “Benda bodoh apa yang kau buat sekarang ni?”

“Mikael——”

“Kau diam! Aku tak bercakap dengan kau!”

Mikael merapati bayang hitam yang hanya memandang ke arahnya sejak tadi. Langsung tidak bersuara, hanya senyuman senget yang dipamerkan.

“Bukan benda bodoh. Tapi aku beri peluang pada dia untuk bercakap dengan kau.” Kepalanya diangkat dan sedikit digerakkan ke hadapan, menunjuk pada figura yang berada sedikit jauh dari mereka.

“Nak cakap apa lagi? Tak puas dia lagi ke dia sakitkan hati aku? Tak puas lagi apa yang dia buat dulu? Tak puas lagi nak rampas apa yang aku sayang dan tikam belakang aku?! Tak puas
lagi——”

“Cakap depan dia, bukan depan aku.”

“Mikael——”

Seiring dengan bayang hitam; KING yang tiba tiba hilang itu, tangan kanan Mikael diangkat sekali gus menghentikan bicara yang baru saja lelaki itu mahu mulakan. Mikael memusingkan badannya ke belakang, di mana sepasang mata dia tajam terarah ke dalam mata figura itu.

“Aku mintak maaf. Aku yang paksa KING untuk jumpakan aku dengan kau. Aku——”

“Motif?”

Adam membalas pandangan tajam itu. Nafas dihembus perlahan. Ada saja kata kata dia yang mahu dipatahkan oleh Mikael. Apa dia langsung tak nak bagi dia peluang untuk berbicara lagi?

0.1 | M I K A S Y A Where stories live. Discover now