l a p a n b e l a s

17.6K 966 116
                                    



biar lena aku
bermimpikan bahagia








Arash Mikael.

Dia tidak tahu di mana keberadaannya ketika itu. Dia seolah olah berada di satu jalan yang sangat sunyi dan kelihatan tidak mempunyai penghujungnya. Atau mungkin dia sedang berhalusinasi lagi—yakni seolah berada di dalam satu kotak yang kelilinginya mempunyai dinding dinding.

Ergh.. Aku dekat mana? bingungnya sendirian. Tangan kanan menekan nekan pelipis kepala. Tangan kiri berpaut pada dinding seiring dengan langkah yang perlahan.

Semakin kaki melangkah, semakin terlihat satu cahaya yang seakan berwarna oren tidak jauh di hadapannya. Mata dikecilkan lagi namun penglihatan yang kabur telah membataskan pemandangan dia.

As I told you before—kau tak akan mampu menafikan lagi kehadiran 'aku' dalam diri
engkau. tanpa dia tahu, kelibat seseorang pada cahaya itu sedang tersenyum sinis. Gigi taring di bahagian gusi hadapan terlihat di kedua belah.

King? soal dia sendirian. Kepalanya terasa semakin sakit. Argh, sial. Sakit! carut dia kerana menahan sakit yang teramat baginya.

Asap berkepul kepul mengelilingi figura hitam itu. Matanya merah terang. Kelibat itu hanya memandang ke arah dia yang tiba tiba rebah ke bawah.

Jadi sekarang kau dah nampak macam mana lemahnya
engkau? soalnya. Lalu sesaat bayangnya hilang dan secara tiba tiba muncul di hadapan dia.

Tolong aku King! Aku tak tahu apa yang lelaki lelaki bangsat itu nakkan pada aku! dia semakin lemah. Kepalanya berdenyut denyut. Samar samar sahaja banyangan hitam itu di hadapannya.

Namun, dia masih boleh nampak dua gigi taring kemegahan milik King.

Bayangan hitam itu mencangkung. Mendekati dia yang sudah terbaring kaku. Tidak mempunyai kudrat untuk bergerak.

Kau nak aku bantu engkau? Rambut yang sudah dibasahi dengan air peluh diusap perlahan. Tangan Mikael menangkap tangam kanan King yang sedang berada di atas kepalanya.

As a return, apa yang aku dapat kalau aku bantu kau kali ini? soalan berbaur memahukan sebuah ganjaran. Bukan wang ringgit, bukan harta, bahkan bukan kekayaan. Tapi ada sesuatu yang dia mahu.

King... lirihnya perlahan. Kelihatan dia berada di tahap nyawa nyawa ikan.

Bayangan itu tersenyum.

As a return, aku nak dia. anak matanya berubah menjadi warna merah darah. Pekat dan gelap.

Tangan kanannya menyelinap di jelahan jari jemari Mikael. Dan ketika itu bayangan hitam mulai hilang sedikit demi sedikit.

Kembali.


Terasa jari jemari kirinya bergerak gerak.

Argh shit! Apasal aku rasa yang jantan nie makin berat? Habil mencarut. Dia seorang sahaja yang memapah Mikael yang sudah pengsan itu. Manakala rakannya asyik menoleh ke kiri dan kanan. Memastikan jalan clear dari sesiapa anak buah Tuan Adrian.

0.1 | M I K A S Y A Where stories live. Discover now