e m p a t b e l a s

18.2K 1K 29
                                    





Biar lena aku,
Bermimpikan bahagia.



















" Tuan Muda. " Mak Leha datang menyapa Angah yang baru sahaja turun. Lagak seperti bapanya, kepalanya mendongak ke langit mempamerkan sisi yang agak angkuh.

Bukan sengaja kerana itu adalah identiti sebenarnya. Seolah memakai satu topeng yang sememangnya tak mampu untuk ditebak oleh orang lain.

" Coffee. " arahnya sepatah. Tangan Fatimah lincah menuang teko ke cawan kaca itu. Cecair hitam pekat turun memenuhi ruangan cawan yang nampak mewah ini. Manakala Mak Leha baru sahaja tiba dengan sarapan yang mereka baru siapkan sebentar tadi.

Mak Leha mengerutkan dahinya. Dikerling jam dinding yang hampir menunjukkan pukul 7 pagi. Dia memandang ke Fatimah yang seakan tertanya dengan tingkahnya itu.

" Pergi tengokkan Humaira biar Mak Leha yang siapkan semua ini. " tuturnya lembut pada pembantunya. Mak Leha lincah menyiapkan susunan pinggan dan gelas. Entah angin apa yang membuatkan anak kedua majikannya ini turun awal ke meja makan. Kebiasaannya jika jam belum menunjukkan pukul 730 pagi, belum tentu batang hidung mereka akan kelihatan.

Dan dari situ Mak Leha terdengar suara riuh Humaira yang menyakat Fatimah di bahagian dapur. Hatinya menjadi lega tatkala mendengar suara itu, bukan dia tak tahu tentang apa yang terjadi semalam. Hampir 1 jam dia dan Fatimah mengemas sisa kaca yang pecah dek amukan majikannya.

" Ehh, Tuan Muda. " Fatimah terkedu. Hampir saja dia melatah apabila melihat figura anak kedua Tuan Besar di dalam rumah ini yang berdiri membelakanginya.

Angah tidak bersuara, hanya memberikan renungan biasa yang tepat pada Fatimah. Rokok yang berada di celahan jari kirinya dibawa ke bibir. Sesekali dia menghembus kepulan asap ke udara. Dia bersandar pada pintu belakang yang berdekatan dengan dapur. Entah angin apa yang membuatkan dia bersiap awal pada hari ini pun dia tak tahu.

Matanya terkebil. Dahinya berkerut sebentar.

" Mana basikal perempuan tuh? " tanpa sengaja Mak Leha terdengar pertanyaan Angah walaupun dalam nada yang perlahan. Angah menoleh ke kiri, kebiasaannya di sudut tepi dinding itu dah menjadi tempat Humaira menyandarkan basikal berwarna merah jambunya. Namun hari nie, kelibat basikal itu langsung tidak kelihatan.

" Ada dekat sekolah dia agaknya. Semalam kan dia tiba tiba pengsan dan dibawa ke hospital. Balik pun bersama Tuan Besar dan yang lain lain kan? " Mak Leha menjawab. Pandangan mata Angah lurus ke hadapan.

" Habis, dia pergi dengan apa hari ini? " Angah masih lagi menghembus asap rokoknya. Mak Leha menggeleng. Dia mengeluh sebab dia tahu mustahil ada sesiapa yang baik hati untuk tumpangan anak gadis itu ke sekolah. Mungkin hari ini bukan nasib baiknya memandangkan langit pun kelihatan mendung saja. Bila bila masa awan boleh memuntahkan air hujannya itu.

" Cakap dengan dia, jangan lambat sangat. Saya tunggu dekat kereta. " Rokok yang sudah habis itu dibuang ke longkang dengan sengaja. Dia memberikan renungan pada Mak Leha.

Dan Mak Leha faham akan renungan itu. Dia tersenyum manis.


" Te.. Terima kasih abang Ngah. "
takut takut dia menatap sisi wajah milik Angah. Atau lebih tepat, dia gemuruh apabila berhadapan dengan Angah.

0.1 | M I K A S Y A Where stories live. Discover now