HAPPY INDEPENDENCE DAY! 🇲🇾
SEMOGA TUHAN SENTIASA LINDUNGI DAN RAHMATI KITA SEMUA.--------------
| biar lena aku,
bermimpikan bahagia |KEDIAMAN TAN SRI BORHAN,
“Kau kata, kau sayangkan aku dan sanggup buat apa sahaja untuk aku. Tapi takkan aku mintak tolong sikit macam nie pun kau nak berkira?”
Herman terdiam. Dia tahu nada bahasa yang Qistina gunakan sekarang ini semakin lama semakin kasar dan tidak selembut seperti perbualan mereka awal tadi. Mengikut telahan dia, mungkin gara gara dirinya yang agak keberatan untuk menunaikan permintaan gadis itu.
Nafas dihela kasar. Rambutnya diraupkan ke belakang.
“Hello? Herman! You dengar tak apa yang I cakap sekarang nie? Okay fine! Kalau you tak boleh nak tolong I, hubungan kita berdua berhenti takat ini sahaja! Kita berdua tak payah jumpa lagi atau contact each other lepas nie!”
Gara gara terkejut dengan jerkahan itu, Herman mula mengeluarkan bahasa kasarnya. “Benda bodoh apa yang kau cakap nie, perempuan? Tak akan sebab aku tak nak buat benda tuh—kau nak putuskan hubungan kita berdua?” Tangan kanannya digenggam bentuk penumbuk.
Dia cuba untuk menahan sabar walau hakikatnya bila bila masa sahaja amarahnya boleh tercetus! Andai sahaja Qistina berada di hadapannya, sedar tak sedar, mungkin gadis itu akan menerima tamparan sulungnya secara spontan!
“Apa lagi? Buat apa nak teruskan hubungan bodoh nie kalau you sendiri tak boleh nak tunaikan apa yang I nak? Macam nielah, lebih baik I mintak tolong dengan orang lain je senang! Yang lebih jelas, lagi banyak upah yang I bagi, lagi cepat kerja diorang!”
“BODOH!” Herman menjerkah. “Jangan kau berani nak buat macam tuh. Selagi aku hidup lagi, aku tak akan biarkan sesiapa miliki kau. Okay! Kau nak sangatkan aku buat kerja tuh? Aku buat. Tapi kau kena pastikan tak ada siapa pun yang tahu hal ini melainkan aku dan kau sahaja. Faham?”
Lantas, talian itu dimatikan tanpa menunggu apa apa balasan daripada orang di sana. Herman mendengus kuat lalu bibirnya diketap. Dia berjalan ke hulur ke hilir sehingga tidak sedar dengan kehadiran Mikael, saudara tirinya, yang dengar semua perbualan dia dan Qistina sejak awal tadi.
“Kau——” Herman tergamam. “Ap...apa yang kau buat dekat sini?”
Mikael tersengih. Bahunya dinaikkan ke atas seraya tangan kanan diangkat dan menunjukkan dua jemarinya yang sedang mengepit sebatang rokok. Dia berpaling ke kanan, menghembuskan kepulan asap rokok menggunakan hidung dan mulutnya.
“Benda bodoh apa lagi yang korang berdua nak buat lepas nie, huh?”
Suara garaunya terlihat seakan menggunakan nada yang kasar. Persis seorang abang yang garang, yang sedang menjalani tanggungjawab menegur saudaranya yang melakukan kesalahan. Walhal kenyataan sebenar, Mikael masih lagi dianggap anak lelaki sulung di dalam rumah ini dan dia mempunyai pangkat seorang 'abang' memandangkan dia berjarak setahun dengan umur Herman.
YOU ARE READING
0.1 | M I K A S Y A
Teen FictionMikasya | Kau, Mr Beku Aku. " Wajah ini, aku tak akan biarkan ia mampu untuk tarik perhatian King. " pisau lipat yang saiznya kecil dikeluarkan dari poketnya. " Tolong! Sakit! " jeritnya dengan penuh kuat. Namun jeritan itu menjadi sia sia tatkala...