Pss, rindu tak?
biar lena aku,
bermimpikan bahagia.Nafas ditarik dalam lalu dihembus dengan nada yang perlahan menggunakan hidung dan mulut. Mikael menolak lidah ke pipi sementara matanya lurus ke hadapan. Suasana terjeda buat beberapa saat sebelum dia dengar keluhan daripada Tuk Abah—menerusi panggilan telefon ini.
“ Tuk Abah dah tak tahu nak buat apa lagi, Arash. Perangai Herman makin hari makin menjadi jadi. Malu Tuk Abah bila ada orang luar yang sendiri cekup Herman ke dalam. ” Ke dalam, itu bermaksud ke balai polis—duduk dalam satu ruangan yang gelap dan hanya di pagari dengan besi.
Dalam diam, hati Mikael sudah tertawa jahat. Mengejek tingkah laku adik tirinya yang sentiasa kalah dengan dia.
“ Tuk Abah tahu siapa yang laporkan tentang budak tuh? Arash tak rasa yang ini kerja orang biasa. Lain lah kalau ada orang yang ekori Herman daripada siang sampai ke malam. ” Soalnya sekadar mahu melayan luahan hati Tuk Abah. Kalau ikutkan hati dia, dia langsung tak mahu mengambil berat tentang Herman hatta sekecil kecil perkara sekali pun!
“ Tuk Abah pun tak tahu. Tapi mungkin benar, orang biasa tak akan buat kerja kerja macam ini. Polis bukan cekup Herman dekat tempat tempat yang terbuka, tetapi dekat lorong yang jauh daripada pandangan manusia. Mungkin memang ada yang ikut Herman. Tapi...Siapa? ”
Tiada jawapan. Mereka sendiri tak tahu siapa yang buat semua ini. Tapi sekurangnya Mikael agak berterima kasih dengan ' orang ' itu sebab berjaya buat Herman kalah dengan dia lagi. Mahu menjadi jahat di mana orang konon mahu menandingi si abang—tetapi akhirnya diri sendiri yang memakan diri.
“ Tuk Abah risau sekarang nie. Mana Tuk nak letak air muka nie? Air muka keluarga nie? Kalau wartawan atau masyarakat dekat luar tuh tahu tentang hal ini? Tuk Abah nak mengamuk, ajar dia teruk teruk pun bukannya jalan. Tuk Abah pun dah tua, dah tak kuat macam dulu dulu. ”
Bibir Mikael tersengih. Sengih jahat.
“ Dah Tuk Abah. Tak perlu nak bebankan fikiran tuh dengan hal hal tak guna macam Herman. Pandailah Arash uruskan budak tuh macam mana. Nak sangat jadi jahat kan, tunggu satu yang tepat nanti—biar Arash yang turun dan kasi pengajaran buat dia. ”
Dan saat itu, minda dia terbayang wajah Herman yang teramat membencikan dia. Herman yang terbaring menyembah bumi, manakala dia yang berada di atas—sentiasa di atas tanpa kalah!
“ Jangan fokus pada Herman saja. Jangan lupa yang Tuk Abah masih ada satu lagi cucu perempuan tiri. Yang jelas sangat sangat menjijikkan perangai dia. ”
Terdengar Tuk Abah mengeluh. “ Ya Allah. Aku tak tahu lah dengan budak budak sekarang nie. ” Ini kalau ada depan mata, mesti dia tengah tengok reaksi serabut Tuk Abah bersama tangan yang memicit pelipis kepala.
“ Kalau lah papa kamu ada——”
“ Jangan nak harapkan sangat pada papa. Lima tahun daripada sekarang pun belum jamin yang dia akan balik. ” Cepat sahaja Mikael mencelah. Berganda malas apabila mendengar soal papanya. Dia dengan Datuk Aried tuk memang tak ada apa apa isu, tapi sejak mamanya meninggal dan papa dia buat keputusan untuk berkahwin tanpa persetujuan dia—sejak tuh dia mula meletakkan satu tembok antara mereka berdua.
YOU ARE READING
0.1 | M I K A S Y A
Teen FictionMikasya | Kau, Mr Beku Aku. " Wajah ini, aku tak akan biarkan ia mampu untuk tarik perhatian King. " pisau lipat yang saiznya kecil dikeluarkan dari poketnya. " Tolong! Sakit! " jeritnya dengan penuh kuat. Namun jeritan itu menjadi sia sia tatkala...