SESETENGAH READERS MIKASYA YANG DULU ADA JUGA COMMENT KATA —— MEREKA LEBIH SUKAKAN MIKASYA VERSION YANG LAMA DULU. SEBAB BANYAK PART YANG SEDIH, SCENE YANG TAK DIDUGA DAN JUGA ENDING YANG PALING TAK DISANGKA OLEH MEREKA!
TO BE HONEST,
SEBAB SHIE PUN LEBIH SUKAKAN VERSION YANG DAHULU WHICH IS MORE TO DARK ROMANCE——BANYAK GILA PENDERAAN MENTAL YANG KENA PADA HUMAIRA! AND JUGA ENDING DIA YANG PANJANG BERJELA + SEDIH SENDU TUH SEMUA AND YAHH! TAK SANGKA SHIE MAMPU BUAT SEMUA TUH.
ACTUALLY, KESAL LAH JUGA DENGAN KEPUTUSAN SHIE UNTUK ROMBAK BALIK SEMUA JALAN CERITA DALAM MIKASYA INI. TETAPI DISEBABKAN VERSION LAMA TUH AGAK MENGARUT DAN TERLALU PANJANG BERJELA, JADI SHIE TETAP TERUSKAN USAHA UNTUK BUAT JALAN CERITA YANG BARU EVEN MUNGKIN RAMAI YANG TAK SUKA DENGAN KEPUTUSAN INI :)
TAPI...
SEBENARNYA SHIE ADA BANYAK IDEA TENTANG JALAN CERITA KALI INI DAN INSHAALLAH KALAU DIBERIKAN REZEKI, SELEPAS MIKASYA TAMAT,
ADA SEQUEL YANG KEDUA AND MAYBE ADA PREQUEL UNTUK SETIAP WATAK DALAM CERITA INI!
JADI, JANGAN PUTUS ASA DENGAN CERITA NIE TAUU!
biar lena aku
bermimpikan bahagiaRESTORAN D'STREET.
Nafas keluhan kedengaran. Tidak pasti sama ada Syafiq masih lagi lelah dengan latihan bola keranjang tadi, ataupun sebab lain. Helmet hitam miliknya diletakkan di atas motorsikal secara perlahan sebelum dia sedikit menunduk dan melihat wajahnya di cermin sisi.
Rambut yang agak messy dibetulkan sebelum dia mula menarik satu nafas yang agak dalam.
“Selamat datang...” Deringan loceng pada pintu masuk kedengaran di saat dia membuka pintu itu. Seorang pelayan yang tidak berada jauh dari dia menyapa dan mengukirkan senyuman.
Syafiq hanya membalas, namun senyuman tipis itu tidak bertahan lama lalu wajahnya berubah menjadi reaksi kosong.
“Pak cik tengok kamu nie nampak macam penat sangat. Sibuk ke dengan hal sekolah?” Syafiq tersengih.
Belum membuat pesanan lagi, tahu tahu air kegemarannya sudah menyapa di hadapan mata. Pak cik Rahmat, selaku pemilik restoran ini sudah tahu dengan minuman wajib yang dia akan pesan setiap kali datang ke sini. Jadi, apabila dia ternampak susuk tubuh Syafiq dari luar jendela itu, terus dia mengarahkan pekerjanya untuk menyediakan minuman.
Selama sebulan ini, Syafiq melakukan cara yang agak berlainan bagi memdapatkan maklumat yang dia mahukan. Memang sebelum ini, dia pernah berkunjung ke restoran ini memandangkan ini adalah salah satu restoran kegemaran arwah Adam. Jadi, sejak sebulan lalu Syafiq mula kerap berkunjung di sini lantaran mengeratkan hubungannya dengan Pak cik Rahmat.
Jadi, dia tidaklah nampak terdesak sangat untuk memperoleh maklumat yang dia mahukan.
“Pak cik belum sediakan makanan. Kamu nak makan apa apa ke?”
Syafiq meraupkan rambutnya ke belakang. Air dicicip sedikit sebelum dia mengangguk.
“Macam biasa lah pak cik.”
YOU ARE READING
0.1 | M I K A S Y A
Teen FictionMikasya | Kau, Mr Beku Aku. " Wajah ini, aku tak akan biarkan ia mampu untuk tarik perhatian King. " pisau lipat yang saiznya kecil dikeluarkan dari poketnya. " Tolong! Sakit! " jeritnya dengan penuh kuat. Namun jeritan itu menjadi sia sia tatkala...