l i m a p u l u h

9K 380 61
                                    

SOALAN RANDOM :

1. Mikael ni ada DID ke?

Yaa, rasanya dari awal lagi saya dah wujudkan tanda-tanda macam ini dalam diri dia walaupun tak berapa detail. Salah satu tanda yang saya selalu letak, adalah bila mana dia akan dengar satu suara lain di balik telinga dia. Character dia pun agak berubah-ubah, bila dengan Humaira, dia akan jadi sekejap kasar dan sekejap dingin. Punca kenapa dia boleh ada DID ini saya akan jelaskan dalam cerita yang lain.

2. Saya dah tak ingat jalan cerita ini.

Maaf, saya pun sama sebenarnya. Disebabkan cerita banyak sangat persoalan dan nampak macam tergantung tambah lagi dengan keadaan saya yang tak mampu berikan masa yang banyak pada cerita ini, jadi agak menyukarkan para pembaca. Silap saya sebenarnya. So, dekat sini saya akan jelaskan baik-baik dan beri sikit hint baru cerita ni.

Okay macam ni, nak diringkaskan cerita-----

Mikasya mengisahkan kehidupan seorang Arash Mikael sejak dia kehilangan/kematian kekasih pertama dia (Amirah) . Amirah bunuh diri atas tekanan perasaan, atas perbuatan Kotor yang Adam (abang kepada Humaira) lakukan dekat dia. Sebelum Amirah meninggal, dia ada bagi satu kotak pada Mikael, tapi Mikael tak bukak pun. Dia bukak kotak tu betul-betul lepas dia ziarahi kubur Amirah, dalam kotak tu ada surat dan segala bukti apa yang Adam buat pada dia. Disebabkan dia ada DID, KING masuk dalam badan dia and akhirnya dia decide untuk bunuh Adam tanpa fikir panjang (plot twist)

Qistina sangat tergila-gilakan Mikael. Dia rancang banyak perkara untuk dapatkan Mikael terutama dekat hotel family dia waktu birthday dia dulu. Atas kuasa takdir, Humaira yang tiba- tiba kena tangkap khalwat dengan Mikael dan bukan Tina. So, dekat sini terjalinlah hubungan baru, ikatan yang halal antara dia dan Mikael. Before this, Mikael pernah juga perhatikan Humaira (sebab dia adik Adam)

Macam biasa, mereka jalani hidup mereka dan dicampurkan dengan asam garam rumahtangga---Qistina tak puas hati, nak bunuh Humaira dan sebagainya.

Herman itu macam friend with benefits dengan Tina, tapi dia sayang sangat dengan Qistina. At the end of the day, dia give up and mintak putus.

So, at the end of the story, Mikael akan bongkarkan apa yang dia buat pada Adam di hadapan semua media. Dia nak serah diri pada polis, and of course kena tinggalkan Humaira. Sebab tuh dia pesan pada Herman, jangan buat bukan-bukan jaga keluarga dia sebab Mikael nak pergi jauh.

Main character yang penting dalam cerita ini adalah Mikael, Humaira,Qistina, Herman. Yang lain, sebagai watak tambahan sahaja.

3. Mikael sayang dan cinta Humaira?

Yaa, tapi dia tak tahu bila perasaan itu mula muncul. Disebabkan perasaan ini, dia bersedia nak bongkar rahsia yang dia simpan dua tahun lepas, mengenai Adam. Dia akan pergi jauh, sama ada nak lepaskan Humaira atau tidak, itu bergantung pada takdir mereka. Mikael, nak berubah.

4. Kenapa cerita banyak tergantung.

Mungkin sebab banyak rahsia, jadi nampak tergantung. Cerita ini akan ada dua lagi siri, jadi kena tunggu siri-siri yang lain habis baru boleh faham. Sabar jap nanti saya update satu-satu.

5. Siapa RAZE? RAID?

RAZE itu kawan-kawan Herman, tak ada kena-mengena dengan cerita ini. Sekadar pengenalan sahaja sebab tak lama lagi saya nak publish satu siri badboy lagi, mengenai mereka, dan of course ada side Herman dan Qistina. Raid ketua dia, pemegang huruf R sekali gus watak utama dalam cerita ini. Warning, cerita ini mungkin agak extrem di pengakhiran dia.

0.1 | M I K A S Y A Where stories live. Discover now