e m p a t e n a m

6.1K 491 68
                                    





"biar lena aku,
bermimpikan bahagia."











QISTINA | HERMAN

Seperti kebiasaannya, sesiapa yang mengunjungi kelab malam yang terletak di ibu kota ini pasti akan pulang dalam keadaan yang tidak waras, separa sedar mahupun dalam keadaan mabuk yang melampau. Para penduduk atau premis perniagaan yang berada sekitar tempat ini sudah terbiasa dengan karenah mereka yang sering kelihatan membuat ulah dan membuat bising hingga menganggu ketenteraman mereka.

Sama seperti situasi sang Herman bersama Qistina, pergaduhan mereka di luar pintu masuk kelab jelas menjadi tatapan orang awam.

Seperti biasa, mereka hanya akan menatap tetapi tidak mahu ikut campur dalam setiap hal yang mereka lihat selama ini.

Bunyi bising kedengaran saat dirinya menyepak tong sampah berwarna hijau tua yang kebetulan berada berhampiran dengannya. Herman mendengus lalu tanpa sedar, lidahnya ditolak pada isi pipi kirinya. Sosok tubuh sang Qistina yang berjalan terhuyung-hayang dipandang dengan seribu satu rasa yang menyelubungi dirinya.

“Sampai bila kau nak jadi macam ni? Aku cakap sudah!” Herman berkata dengan nada yang kasar. Dia berlari mendekati Qistina yang kelihatan sedang mengoncang botol kaca berwarna hijau yang terdampar di pinggiran jalan. Lengan gadis itu dicengkam kasar.

“Lepaskan aku!” Qistina berteriak kuat. Tangan kirinya meronta-ronta supaya cengkaman itu dilepaskan manakala tangan kanannya berusaha untuk menyuakan botol kaca itu ke mulutnya.

Herman yang berang, terus sahaja merampas botol kaca itu dan melemparnya ke bawah hingga membuatkan Qistina tergamam. Bahu gadis itu ternaik ke atas lantas di menutup dua telinganya.

“Argh!” Qistina menggumam kesakitan. Dirinya dengan kasar ditarik lalu ditolak ke tepi jalan bersebelahan dengan sebuah kereta yang terparkir di situ.

“Kau tahu kan aku paling tak suka bila kau minum benda kotor tu. Tapi kenapa kau masih degil?” Ujar Herman. Nada suaranya semakin rendah, tidak seperti tadi bahkan melihat Qistina yang seakan ketakutan membuatkan hatinya sedikit terusik. Herman mencangkung di hadapan Qistina lalu dia mengenggam dua tangan yang sedang terlekap pada dua belah telinga itu.

“Jangan kacau aku! Pergi!”

Saat tangannya berada di atas tangan Qistina, Herman tersentak dengan getaran yang dihasilkan oleh tubuh gadis itu. Tangannya ditepis kasar dan Qistina semakin ke belakang dan menjauhi dirinya.

“Qistina---”

Tiba-tiba sahaja Qistina menjerit.

“PERGI!PERGI DARI SINI! TOLONG JANGAN PUKUL AKU LAGI!” Lalu, tangisannya mula bergema. Akibat tolakan kuat dari Qistina, tanpa sengaja telah membuatkan Herman terduduk di atas jalan tar. Melihat Qistina yang menangis sambil meletakkan kepalanya di atas lutut, membuatkan dia mengeluarkan nafas keluhan. Herman meraup wajahnya sebelum dia kembali mencangkung di hadapan Qistina.

“Tak ada sesiapa yang akan pukul kau selagi aku ada dekat sini.” Bibirnya didekatkan pada telinga Qistina. Secara perlahan, dia menarik badan gadis itu ke dalam rangkulannya.

“Aku ada, sayang…Aku ada…”

“Bohong…” Qistina masih lagi dengan esakannya. Rangkulan itu, dia leraikan kasar lalu mengesat air matanya dengan tangan kanan. Wajahnya comot gara-gara peluh dan juga air mata yang mengalir bersama maskara hitam yang dia pakai itu.

0.1 | M I K A S Y A Where stories live. Discover now