e m p a t s e m b i l a n

8.1K 393 42
                                    


"biar lena aku,
bermimpikan bahagia."






DATIN HARNINA | HERMAN,
KEDIAMAN TAN SRI BORHAN,

"Kalau dulu kau kesiankan dia berbanding keluarga kau sendiri, kau patut berubah sekarang. Balik rumah, kesiankan mama kau yang selalu jadi pembela kau selama ni." -Raid




Hujung bibir Datin Harnina, ditarik lalu membentuk sebuah senyuman. Jari telunjuk kanannya bertindak untuk mengusap wajah-wajah insan yang tertera dalam bingkai gambar yang sedang dia pegang ketika ini.

Sosok seorang lelaki, yang jelas dikenali sebagai Aried, kelihatan sedang menggengam tangan kanan seorang wanita yang dia panggil sebagai Dahliah, selama ini. Senyuman manis yang mereka tunjukkan berjaya dirakam dan berada dalam sebuah gambar yang kini ia——kian menjadi kenangan buat dirinya.

Satu hal yang tak pernah dirinya ungkapkan pada sesiapa selama ini bahkan hingga ke hari ini——bahwa tidak pernah ada secubit rasa pun di dalam hatinya——kepada rakan baiknya itu, Aried. Meskipun dia terpaksa menadah telinga dan mendengar segala cemuhan tentang dirinya yang dilabel sebagai 'wanita perosak rumah tangga' selama ini, dia tidak pernah mengungkapkan kebenaran di balik apa yang sedang terjadi waktu itu.

Bagi dia——ini semuanya adalah pengorbanan kecil yang mampu dia lakukan, berbanding jasa Aried menyelamatkan dirinya daripada kehidupan hitam yang dia alami waktu dahulu. Ataupun mungkin saja, ini adalah rasa syukur yang mampu dia zahirkan selama ini.

Pengorbanan atau rasa syukur yang dia tahu——ini adalah satu hal yang betul, yang sedang dia lakukan saat ini.

Namun, semua ini tidak berhasil pada anak sulungnya, Herman, yang ternyata sedang memandang sinis ke arah dirinya.

“Imbas kenangan silam,” Herman menegur secara tiba-tiba. Katanya terhenti saat dia menutup pintu bilik Datin Harnina ini.

“Atau kenangkan memori antara mama dengan lelaki tak guna tu?” Soalnya sinis, tanpa basah-basi.

“Walau macam mana teruknya dia, dia tetap papa tiri kamu Herman.”

“Bukan dia. Tapi 'dia'.”

Herman pantas mencelah, seraya menolak sedikit kepalanya ke hadapan. Memberikan isyarat pada bingkai gambar yang berada dalam pegangan wanita itu. Bingkai gambar di mana belakangnya masih terselit satu gambar perkahwinan antara dirinya dengan ayah kandung kepada Herman.

Manusia, bila berbahas soal cinta itu tak akan pernah ada habisnya. Sebijak mana pun seorang manusia itu, satu saat dia pasti akan kalah dengan perkara yang berkait hati dan perasaan. Sama seperti mamanya. Sama seperti dirinya.

“Dia pernah buat silap, tapi itu tak bermakna mama akan terus lupakan kebaikan dia.” Datin Harnina menghela nafas. Dia meletakkan bingkai gambar itu pada meja kecil yang berada di sebelahnya.

“Sama macam kamu. Banyak mana pun kesalahan yang kamu lakukan, mama tak akan pernah berhenti untuk cari dan tunjukkan sisi baik kamu di hadapan Tuk Abah.” Lalu pandangannya kembali menatap Herman. Matanya tajam menikam wajah anaknya yang kosong tanpa reaksi.

“Kenapa?” Herman menyoal setelah beberapa minit dia mendiamkan diri. Pesanan daripada Raid, ketuanya, terngiang-ngiang di telinga kanannya.

“Kenapa mama selalu berusaha untuk bela anak mama yang jelas——” nafasnya terasa sesak. “——jahat dan menyusahkan ni?”

0.1 | M I K A S Y A Where stories live. Discover now