Bab 1
"Assalamualaikum Mila." Faris menegur Mila yang sedang makan tengahari di kantin. Mila mempunyai kelas tambahan Biologi pada petang itu.
Mila tersedak apabila mendengar suara merdu si dia yang menegurnya. Selepas menelan makannya,dia menjawab salam tersebut lalu menjemput dia duduk. Dia duduk di sebelah kiri Mila.
Dia berasa hairan. Bukannya selalu Faris menegur dia di kantin sekolah. Adapun,itu juga pasal tugas-tugas mereka sebagai pengawas kerana Faris merupakan ketua pengawas di sekolah mereka.
"Saya cuma ingin pendapat awak sebagai seorang perempuan. Apabila seorang perempuan menolak luahan cinta seorang lelaki,apa maksudnya?" tanya Faris yang menantikan jawapan Mila.
Luahan cinta? Dia mencintai orang lain? Mila berasa hatinya berkecai. Namun,dia memberinya satu senyuman yang tawar lalu mengatakan, "Ada dua kemungkinan. Satu ialah dia tidak mencintai lelaki itu atau dua,dia berasa malu tetapi mencintai lelaki itu."
Faris bersenyum dengan gembira,terdapat sinaran di matanya,"So,bukan semestinya dia tak cinta saya? Bolehlah saya pikat dia benar-benar."
Tiba-tiba,Mila teringat quote yang berkata,
'Ya Allah,seandainya Engkau takdirkan dia bukan milikku,bawalah dia jauh dari pandangan ku. Luputkanlah dia dari ingatan ku dan peliharalah aku dari kekecewaan.'
"Boleh tak saya beritahu awak satu rahsia?" dia tanya lagi. Mila mengangguk kepalanya.
"Sebenarnya...Ayu ialah wanita idaman saya. Sudah lama saya cinta dia."
He finally said it. Terdapat khabar angin tentang itu tetapi tidak sesekali saya pernah mempercayainya...
"Oh,rupanya perkara tu benar. Jangan risau,saya tak akan cakap." Mila memberitahu Faris. Sempat lagi dia senyum kepadanya,walaupun hatinya sedang menangis.
'Kenapalah saya hendak mencintainya? Kenapa bukan orang lain?' Dia bermonolog sendiri.
"Thanks." Faris bersengih,"You're the best Mila. Assalamualaikum." Faris berkata lalu berdiri dan berjalan ke arah perpustakaan.
"Wa'alaikumsalam..." jawab Mila apabila tiada lagi nampak bayangnya....
You're the best too,Faris.
-
![](https://img.wattpad.com/cover/32612719-288-k887025.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Saya Untuk Awak
Teen Fiction"Saya dah cinta dia sejak zaman sekolah menengah lagi." - Camilla Ibrahim Namun,cintanya itu hanya bertepuk sebelah tangan. Mila hanya mencintai Faris Zakaria secara senyap dari jauh....kadang-kadang dari dekat. "Mila,saya amat mencintai-nya tetapi...