༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ If you can dream it,
you can do it. ❞Snip snip. Snip snip.
Bunyi itu berlagu di telingaku seirama dengan jalur-jalur hitam yang jatuh turun di hadapan mata bagai titisan hujan.
"It wasn't your fault."
Snip snip. Snip snip.
Kata-kata itu aku biarkan tidak berbalas dalam satu noktah yang agak panjang sebelum suara senada itu menyapa cupingku lagi.
"My father can be a bit too full of himself at times, no, not at times but all the time and we are used to it. That old man's life only revolves around him and his throne, so he doesn't pay attention to others."
"I can see that."
"There were times when he forgot my mother's name."
"That's sad."
Snip snip. Snip snip.
Aku tahu, Samuel yang jarang-jarang mahu bercakap banyak ini cuba menceriakan aku sungguhpun aku sendiri tidak faham mengapa perlu dia berbuat demikian. Masam mencuka sangatkah muka aku sekarang? Aku bukannya marahkan dia, mahupun ayahnya yang merupakan punca majlis makan malam kelmarin berakhir dengan hambar, tetapi aku cuma risau memikirkan nasib diriku sendiri.
Nasib dahiku sendiri.
"By the way, are you done?'
"A bit more."
Begitu lincah Samuel bermain dengan gunting di tangannya sampaikan aku rasa seperti sedang menerima servis salun mewah padahal sebenarnya kami berdua cuma berada di dalam bilik mandi sahaja. Bukan berdua-duaan tetapi Encik José ada di luar pintu, berjaga di sana. Erm okey, kira berdua-duaan jugalah.
"Is it still visible?"
Tanganku dibawa meraba ke kawasan dahi yang benjol akibat insiden malang semalam. Fuh, bengkaknya macam Gunung Ledang gais! Belum lagi termasuk warna biru keunguannya yang semakin memparahkan keadaan. Aku tidak akan dapat teruskan kehidupan di dalam istana ini dengan hati yang tenang selagi dahi hodohku tertayang luas kepada umum.
Itulah sebabnya mengapa Samuel menjadi tukang gunting rambut tak berupah sekarang.
"This hairstyle could help."
"You are not answering the question."
"A'ight, I'm done. Not sure if you are gonna like that bang but it's better than exposing your bruised forehead."
Samuel bergerak sedikit ke tepi untuk membenarkan aku melihat ke dalam cermin. Dengan muka sah-sah tengah menahan gatal, dia si gadis di sebalik cermin itu merenungku kembali. Rambut lurus yang beralun pada bahagian hujung terjuntai di kedua-dua sisi wajahnya. Juraian hitam pekat jatuh menutupi hampir seluruh dahinya. Sekali tengok memang persis separuh mangkuk.
"No no, this was my hairstyle back at kindergarten."
Tak puas hati tengok rambutku sendiri yang berstail mangkuk walhal dulu aku selalu kutuk fesyen rambut ini dalam hati, rambut aku sikat ke tepi---meninggalkan belahan kecil di bahagian tengah yang lebih hampir ke kiri. Ha, barulah tak nampak noob sangat.
"This should do."
Namun aku tidak dapat nafikan, hasil guntingan Samuel sangat kemas dan teliti malah lebih memuaskan hati daripada aku pergi ke salun. Aku ingat lagi, setiap kali aku pergi kedai gunting mesti aku akan balik semula ke rumah dengan rambut yang terpotong senget. Kalau cool macam Ava Max tak apalah juga tapi masalahnya kepala aku nampak berat sebelah tahu tak.
YOU ARE READING
Putera Hati
Teen Fiction『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...