xxxi | normal happiness

1.7K 222 69
                                    

A/N

Part ini ditulis selepas lebih sebulan author tak sentuh keyboard ( ceh hiperbola ) jadi ampunkanlah patik jikalau hambar.

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

❝ Happiness is when what you think, what you say and what you do are in harmony. ❞

Emm, hai. Lama kita tak jumpa. Asyik-asyik baca dari sudut pandangan author je, mesti korang rindu nak dengar kekarutan seorang Alice ni kan? Tetapi buat masa sekarang aku belum sempat nak mengarut lagi memandangkan aku ada urusan yang lebih penting untuk diselesaikan. Itulah sebabnya kenapa kini aku sedang terpasak tegak di hadapan The Blue Box, masih teragak-agak sama ada hendak memberi ketukan pada pintu ataupun tidak.

Hampir-hampir sahaja hujung jari telunjukku mahu menyentuh tombol pintu pabila ia tiba-tiba dibuka dari dalam menampakkan beberapa wajah kentang import terjengul di muka pintu. Mereka terkebil-kebil buat seketika sebelum senyuman lebar menghiasi bibir masing-masing yang sekali tengok persis logo Mr. Potato.

"Pwincessss!!!"

Roti bakar yang aku makan pagi tadi bagaikan naik semula ke eosofagus, menunggu masa untuk dimuntahkan semula mendengarkan panggilan mengundang geli itu tetapi aku hadapkan sahajalah rasa mual itu tatkala rakan-rakan rumah Sapphire mengheret aku ke dalam tanpa meminta kebenaran tuan punya badan.

Bilik perjumpaan rumah Sapphire yang serba biru bak batu nilam hari ini penuh dengan hiasan-hiasan parti yang memakan hampir segenap ruang yang ada. Konfetti bersepah di atas lantai, belon beraneka warna terapung-apung pada siling, makanan berlambak di atas meja dan tak kurang juga calitan aising kek pada dinding yang bertatahkan batu nilam.

Okey, apa sebenarnya aku buat di tempat yang sangat tak bertamadun ini?

"Alice, you came! Let's have a partayyyy!!!"

Curt si lelaki cantik yang muncul entah dari mana meniup trumpet dengan sumbangnya betul-betul di depan muka aku. Rambut ikal keemasannya sudah pun tercemar dengan setiap warna pelangi yang aku agak datangnya daripada aising kek.

"Cut it out, Curt! There are many other better ways to greet me."

Bebelku seraya menolak hujung trumpetnya menjauh dari aku. Almaklumlah, Curt ini sengal orangnya walaupun bukan main nampak elegan pada luarannya. Bukannya dia nak berhenti, semakin menjadi-jadi adalah. Tetapi aku tak dapat nak kecam Curt lebih-lebih sebab aku sendiri pun tak pandai main trumpet.

Jadi, aku hanya tinggalkan dia dengan kesengalannya yang tak habis-habis lalu menapak terus ke ruang tengah bilik di mana ramai orang sedang berkumpul. Baru sahaja aku hendak menjengket kaki untuk melihat apa yang menjadi perhatian mereka semua, namaku diseru oleh satu suara yang amat perlahan tetapi jelas. Laju sahaja aku menoleh kepadanya.

"Kazuto!"

Senyuman tipis yang terlakar di bibir Kazuto aku balas penuh ceria. Berseri-seri benar wajahnya kala itu sampaikan aku terlupa akan kewujudan seorang Kazuto Kirigawa yang penyedih suatu ketika dahulu.

"Thank you for coming."

Ujarnya dalam senyuman ikhlas yang kian melebar saban saat sambil matanya dilarikan ke arah lain. Kulit wajahnya yang putih melepak kelihatan merah daripada biasa.

Putera HatiWhere stories live. Discover now