xxiii | fencing tragedy

2.1K 309 148
                                        

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

❝ You must not fight too often with one enemy, or you will teach him all your art of war. ❞

Aku terkebil-kebil dengan mata yang bersinar ceria dalam menantikan balasan seterusnya daripada Seung Woo. Lama dia berdiam diri, mungkin cuba menghadam maklumat yang baru aku sampaikan sebentar tadi sebelum pinggir bibirnya terangkat sedikit demi sedikit.

"That's great! Then we could possibly be the best marching band of this year's Sports Day."

Aku bersorak teruja manakala Seung Woo cuma tergelak kecil. Walaupun aku tak ada ambil sebarang acara untuk mewakili Sapphire ketika Sports Day nanti, sekurang-kurangnya aku telah melakukan satu sumbangan yang besar. Besar ke? Emm, entahlah. Janji ada kan.

"Good job, Alice. We almost gave up searching for another saxophonist you know."

Tambahnya lagi sambil mengawasi rakan serumah yang sedang sibuk berlatih memanah. Semangat yang berkobar-kobar itu dah ada tapi aku tengok tiada satu pun antara panahan mereka yang mengena tepat. Kesian.

Kenapalah aku selalu dicampak ke dalam rumah yang noob?

"Erm, thanks. So, may I go now?"

"Yeah, sure. Thank you too."

Ketika aku menabik kepada Ketua Rumah Sapphire itulah, aku ternampak beberapa ketul manusia yang sibuk nak melambai ke arah aku dengan sengihan miang. Kalau diikutkan hati, nak je aku tunjuk middle finger kasi diorang duduk diam. Siapa suruh gatal sangat?

Namun aku akhirnya membalas dengan senyuman tak ikhlas sambil perlahan-lahan berpaling ke belakang. Di situ Hawkin yang berdiri bersandar pada dinding sudah pun menunggu aku.

"You always get what you want, you lucky girl!"

Penumbuknya digosok-gosokkan di atas kepalaku apabila aku berada cukup hampir. Aku mendecit geram. Habis serabai rambut aku dibuatnya. Kang aku campak kau balik Amerika bagi black bear makan baru tau. Tetapi kalau dia betul-betul mati kena makan siapa jugak yang paling sedih?

Erm tak tak, bukan aku ye.

"I did it for others, Haw. Not for myself."

Tangan Hawkin yang masih asyik mengusutkan rambutku aku cuba alihkan ke tempat lain namun usahaku terhenti tatkala dia melingkarkan lengan di sekitar leherku lalu menarik aku lebih dekat dengannya.

"That's very like our Alice."

Bibirku menguntum senyum lebar meskipun aku tidak pasti adakah itu satu pujian atau bukan. Pandangannya yang menusuk dalam aku balas buat seketika sebelum berpaling ke arah lain pabila terasa haba mulai naik ke wajah.

"Hawkin, which house are you in?"

Soalan itu terpacul dari mulutku melihatkan hampir seluruh warga sekolah yang sibuk dengan persiapan Sports Day. Semua nak membanggakan rumah masing-masing memandangkan kejohanan ini adalah yang tersulung yang bakal diadakan di Akademi DiRaja Granté.

"Are you asking me?"

"Eh, no lah! I'm asking Horane."

Dah mulalah dia ni nak menganjing. Sekali lagi dia cari pasal memang aku cubit tetek dia. Fakta bahawa dia seorang lelaki dan aku seorang perempuan ditolak tepi.

Putera HatiCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang