iv | grade 2 tetris

3.3K 370 104
                                        

༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶

[ Alice's POV ]

❝ You are never alone as long as you are in the company
of your precious self ❞

Baju berkolar tanpa lengan berwarna putih aku sarungkan pada badan. Butang blazer maroon yang dulunya paling aku benci, dikancing sampai atas. Kemudian seluar putih yang ketat berparas peha aku guna di bahagian dalam dan akhir sekali, aku memasang skirt satin berwarna hitam paras lutut yang seronok dikibar. Usai berpakaian seragam lengkap, aku berpusing-pusing di depan cermin sambil mengamati diri sendiri dari atas hingga bawah.

"Nak kata aku hodoh, tak juga. Nak kata cantik... erm bolehlah cantik, kot?"

Sendiri cakap, sendiri yang muntah dengar. Haih kesian dinding bilik aku ni, setiap hari dia kena hadap keanehan tuannya.

"Tapi...asal ex-classmates aku dulu asyik hina rupa aku?"

Aku berhenti berpusing seperti ballerina tak berbayar, lalu memerhati pantulan diri sendiri pada cermin. Perempuan pertengahan remaja di dalam dunia di belakang cermin itu aku renung lama. Dia turut membalas renunganku.

"Kau, taklah hodoh sangat pun."

Serentak kami berdua menuding jari kepada satu sama lain, diikuti dengan satu senyuman penuh keyakinan yang saling kami balas.

Inilah permulaan hari baru.

Selepas menyelak langsir dan menutup semua suis kecuali suis peti ais (Aku ada trauma tutup suis peti ais sebab kat sekolah lama dulu aku ni pekerja koperasi. Pada suatu hari yang malang, aku TERtutup suis peti beku yang digunakan untuk simpan aiskrim. Ini mengakibatkan semua stok aiskrim koperasi cair. Dan yang paling parah, koperasi sekolah mengalami kerugian besar susulan kes ini. Sad ending because I was fired. Okay, sekian itu sahaja.), aku mencapai beg sandang bercetakan I Hate Monday lalu berlari keluar dari bilik menuju ke lif terdekat.

Keluar sahaja daripada lif yang aku pernah hampir tersepit di pintunya ini, aku teruskan memecut ke bangunan akademik. Oleh kerana pada hari yang mulia ini aku begitu optimistik, aku menyapa semua orang yang aku jumpa tanpa mengira kami kenal mahupun tidak. Langkah aku bawa dengan kelajuan konsisten di sepanjang lorong pejalan kaki yang panjangnya tidak kurang daripada 1 kilometer.

Dan begitulah ceritanya bagaimana aku boleh mereput kesemputan di ruang legar Epitychía, iaitu bahagian belakang bangunan akademik.

"Menyesal aku berlari tak henti doh."

Sekarang di sinilah aku, tertiarap di atas bangku ottoman berupa batu berkilat ini. Pandangan hairan daripada orang di sekeliling tidak aku hiraukan lagi. Lagipun, aku dah biasa sangat malukan diri sendiri.

Untuk pengetahuan pembaca baru, semasa hari pertama persekolahan tahun lepas aku telah masuk ke dalam Grade 1 Tetris lewat seminit. Dan demi menegakkan peribahasa pisang takkan berbuah dua kali, aku bertekad untuk menjadi manusia terawal masuk ke dalam kelas bagi tahun kedua ini.

Namun entah kenapa sistem pentadbiran sekolah ni pelik sangat, kami tidak dibenarkan masuk ke kelas awal. Maka, para pelajar Akademi DiRaja Granté pun membanjiri segenap kawasan lobi menunggu ini.

Termasuklah aku, yang rebah di salah sebuah 'batu' selepas kelelahan berlari tanpa henti. Sekurang-kurangnya aku mendapat tempat duduk kerana aku merupakan antara yang terawal sampai ke sini.

Putera HatiCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang